Now Reading
[Video] Pengurus Hotel Dedah Sikap Sebenar Tetamu Selepas Check-Out. Pengotornya!

[Video] Pengurus Hotel Dedah Sikap Sebenar Tetamu Selepas Check-Out. Pengotornya!

Dia menerusi komen video TikTok tersebut turut memberikan beberapa tips untuk anda lakukan sebelum keluar dari bilik hotel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila nak check-in hotel untuk tujuan percutian, mestilah rasa excited kan?

Tapi bila pihak hotel bagitahu check-in adalah pada jam 3 petang dan ke atas, kadang-kadang selepas jam 3 petang pun bilik masih belum tersedia.

Jawabnya, ‘tersadai’ di lobi hotel berjam-jam.

Tapi jangan asyik nak salahkan pihak pengurusan hotel, sebab ini bukanlah salah mereka sepenuhnya.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: AddLine)

Pengurus Hotel dedah segalanya

Pengguna TikTok @anna_faz86 yang juga seorang pengurus di sebuah hotel di Pahang baru-baru ini mendedahkan cerita sebenar dan sebab mengapa anda tidak dibenarkan untuk check-in lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

Menerusi video tersebut, dia menunjukkan beberapa gambar yang diambil tentang keadaan sebenar bilik hotel setelah tetamu check-out.

One word = HORRIBLE!

Bila lambat check-in hotel, meroyan, viral. Nak bilik siap sanitize 10 kali sehari, kalau boleh kuman pun tak ada. Takut konon. Tapi bila korang check out tinggalkan bilik macam ini rupa, tak rasa bersalah ke?

Anna Faz menerusi video TikTok.

Tambahnya lagi, tak salah untuk memudahkan tugas housekeeper sebab hidup ini perlu toleransi.

Paling teruk, siap bawa durian dan petai masuk bilik hotel walaupun dah terang-terang durian tidak dibenarkan untuk dibawa masuk.

Kredit: The Guardian

Jangan guna alasan korang dah bayar. Guna hati perut sikitlah. Sebab spesies macam inilah yang melambatkan kerja housekeeping.

Anna Faz menerusi video TikTok.

Dia turut meluahkan, ini belum lagi termasuk mereka yang ‘terhegeh’ nak check-out. Kiranya, melambatkan waktu untuk keluar dari bilik hotel.

Menurutnya, yang check-in pun sama, tak sabar sangat sampaikan 12 tengahari tepat dah terpacak depan hotel.

Netizen pun bengang

Bukan kami je rasa macam keadaan bilik tu dah macam tongkang pecah dan terlalu teruk, malah ramai juga warganet yang turut meninggalkan komen dan menyifatkan perangai ini adalah keterlaluan.

Kalau ye pun, kulit durian tu janganlah ditinggalkan.

Bawa masuk bilik hotel, dah satu hal. Ditinggalkan pula untuk housekeeper.

Tips sebelum check-out

Anna menerusi komen video tersebut turut memberikan beberapa tips untuk anda lakukan sebelum keluar dari bilik hotel. Antaranya:

  • Sampah ikat dan letak setempat.
  • Kemas linen sikit.
  • Letak barang milik hotel elok-elok.
  • Cadar, tuala dan sebagainya boleh kumpul di atas lantai sahaja.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd