Now Reading
Astroworld Festival: Travis Scott Disaman

Astroworld Festival: Travis Scott Disaman

Orang ramai turut berpendapat bahawa Travis Scott sepatutnya menghentikan konsert tersebut apabila mendapati ada penonton yang mengalami kecederaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada 5 November lalu telah berlangsungnya Astroworld Festival NRG Park, Houston, Texas.

Hiburan di festival tersebut bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya lapan orang maut dan yang lain cedera setelah dihempap oleh orang ramai yang hadir.

Kredit: Amy Harris/Invision/AP.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Houston Sylvester Turner dalam sidang akhbar petang Sabtu (6 November), mangsa-mangsa yang terlibat berusia 14, 16, dua 21, dua 23 dan seorang 27 tahun.

Memetik laporan CNN, secara rasminya – kejadian penonton dihempap di konsert tersebut bermula selepas jam 9 malam sebaik sahaja giliran rapper terkenal iaitu Travis Scott bermula.

Malah, setiap zone (kawasan) juga menjadi terbuka, jelas seorang penonton konsert tersebut iatu Alexis Guavin, 23, ketika mengulas tentang kejadian dihempap itu.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila 50,000 orang penonton berlari ke hadapan dan memampatkan semua orang sehingga kekurangan udara.

BACA SINI: TLDR; Ini Apa Yang Sebenarnya Berlaku Ketika Konsert Travis Scott Di Astroworld Festival

Sehinggakan ada yang melompat-lompat di atas ambulans.

Travis Scott minta maaf

Travis Scott dalam satu kenyataan video telah berjanji untuk membantu keluarga lapan orang yang terkorban semasa konsertnya di Astroworld Festival, Texas dan menjelaskan bahawa dia tidak dapat membayangkan perkara seperti ini berlaku.

[TERKINI] Travis Scott disaman

Travis Scott kini dilaporkan berdepan tindakan undang-undang susulan insiden yang berlaku ketika konsertnya di Festival Astroworld.

Memetik laporan Astro Awani, saman tersebut dikeluarkan oleh salah seorang mangsa yang cedera dan mendakwa Travis Scott dan Drake dilihat menggalakkan kelakuan ganas penonton.

Mangsa turut menuntut ganti rugi sejumlah 1 juta dollar.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila segelintir penonton konsert tersebut telah disuntik dengan dadah sehingga terpaksa diberikan suntikan anti-dadah di hospital ketika menerima rawatan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd