[Video] Proton Saga Dilihat Mampu ‘Tow’ Lori Treler Di Kawasan Kebun
Menerusi video itu, lori treler tersebut telah terperangkap di sebuah kawasan kebun.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kalau sebelum ini, kereta yang sering melakukan aksi luar biasa adalah Perodua Myvi, atau lebih dikenali sebagai King Of The Road / Off-Road.
Kononnya sesiapa yang memiliki Myvi, personaliti mereka akan berubah serta merta seakan-akan ‘dimasuki’ jiwa kelajuan.
Kalau nak diceritakan, pelbagai jenis aksi yang dilakukan oleh pemilik kenderaan Myvi ini. Hebat-hebat belaka.
BACA JUGA: [Video] Aksi Myvi Redah Hutan Berliku Untuk Ke Kebun Durian. Selamba Je!
Kecil, tapi berbisa.
Kali ini Proton Saga pula ambil ‘takhta’
Selepas tularnya video di mana Myvi dilihat selamba tarik lori rosak belakang kereta, kali ini muncul pula kereta buatan Malaysia iaitu Proton Saga yang melakukan perkara sama.
BACA LANJUT: [Video] Netizen Terhibur Tengok Myvi Selamba Tarik Lori Rosak Belakang Kereta
“Walaupun Saga, tetap dia bergerak”, tulis seorang pengguna Facebook iaitu Tan Cher Puk yang berkongsikan klip video pendek itu di Facebook miliknya.
Menerusi video itu, lori treler tersebut dilihat terperangkap di sebuah kawasan kebun.
Saiz lori treler bukannya kecil macam lori biasa. Panjang, berat dan agak sukar untuk ditarik. Tapi Proton Saga tersebut mampu untuk menarik walaupun kereta itu memang nampak sangat ‘uzur’.
Biar betul.
Buruk, tapi masih boleh diharap
Perkongsian video ini tidak dinafikan telah meraih perhatian ramai orang. Malah, ianya juga berjaya mendapat lebih 4,000 perkongsian ketika artikel ini ditulis.
Semua orang pun terkejut, bukan kami je.
Lepas ini mana tahu Perodua Axia pula nak ‘beraksi’? 😀
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.