Now Reading
TLDR; Ini Apa Yang Sebenarnya Berlaku Ketika Konsert Travis Scott Di Astroworld Festival

TLDR; Ini Apa Yang Sebenarnya Berlaku Ketika Konsert Travis Scott Di Astroworld Festival

Travis Scott dalam satu video telah berjanji untuk membantu keluarga lapan orang yang terkorban semasa konsertnya di Astroworld Festival, Texas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Hiburan bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya lapan orang maut dan yang lain cedera setelah dihempap oleh orang ramai yang hadir ke Astroworld Festival pada 5 November 2021 di NRG Park, Houston, Texas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Houston Sylvester Turner dalam sidang akhbar petang Sabtu (6 November), mangsa-mangsa yang terlibat berusia 14, 16, dua 21, dua 23 dan seorang 27 tahun.

Manakala salah seorang mangsa masih tidak diketahui dan tiada individu dilaporan hilang setakat ini.

Sekurang-kurangnya 25 orang telah dihantar ke hospital dan 13 orang daripada mereka masih dirawat di hospital pada petang Sabtu. Lima daripada mereka berusia 18 tahun ke bawah, jelas Turner.

Klip video ketika konsert tersebut berlangsung telah mula tular di media sosial menunjukkan bahawa bantuan kecemasan (ambulans) yang tiba di lokasi dilihat sukar untuk melalui jalan yang sempit dipenuhi manusia.

Malah, ramai juga yang berpendapat bahawa Travis Scrott sepatutnya menghentikan konsert tersebut apabila mendapati ada penonton yang mengalami kecederaan.

Sehingga kini, #TravisScott semakin trending dan hangat diperbualkan di Twitter.

Travis Scott pada ketika itu sedang beraksi di atas pentas dilihat berhenti dan melihat dalam keadaan terpinga-pinga ketika ambulans hadir melalui jalan yang sempit di antara ribuan penonton.

Menurut Turner, kes ini terdapat banyak soalan yang tidak terjawab.

Dalam beberapa hari akan datang, beberapa minggu, mungkin lebih lama lagi, kami akan melihat secara mendalam semua yang berlaku, mengapa ia berlaku, apakah langkah yang boleh kami lakukan untuk mengurangkan insiden seperti ini daripada berlaku.

Datuk Bandar Houston Sylvester Turner.

50,000 orang hadir

Menurut laporan CNN, secara rasminya – kejadian penonton dihempap di konsert tersebut bermula selepas jam 9 malam sebaik sahaja giliran Travis Scott bermula.

Malah, setiap zone (kawasan) juga menjadi terbuka, jelas seorang penonton konsert tersebut iatu Alexis Guavin, 23, ketika mengulas tentang kejadian dihempap itu.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila 50,000 orang penonton berlari ke hadapan dan memampatkan semua orang sehingga kekurangan udara.

Kredit: Amy Harris/Invision/AP.

Mosh Pit.

Jelas Guavin, “Bulatan mosh ada di setiap arah.”

Syarikat yang bertanggungjawab menganjurkan acara tersebut iaitu Live Nation mengeluarkan kenyataan bahawa mereka turut bersimpati terhadap mereka yang kehilangan dan terkesan di atas kejadian ini.

Kami akan terus berusaha untuk memberikan maklumat dan bantuan sebanyak mungkin kepada pihak berkuasa tempatan ketika mereka menyiasat keadaan.

Live Nation.
Kredit: revolt.tv

‘Nyawa-nyawa ikan’

Penonton yang hadir menjelaskan mereka semakin terhimpit dalam beberapa minit sebelum persembahan Scott dan kemudian berasa tidak senang apabila melihat orang lain pengsan dan menjerit ketakutan sebaik persembahan Scott bermula.

Orang ramai menghimpit saya sehingga saya rasa saya tidak boleh bernafas. Saya mula menjerit meminta tolong, saya berasa sangat takut, seperti saya akan mati.

jelas Emily Munguia, 22, kepada CNN.

Ketika Scott mulai naik ke pentas, ‘segalanya’ bermula. Saya nampak orang ramai sudah mula tidak bernyawa.

jelas Anita Amper, kepada CNN.

Ketua Bomba Houston Sam Peña menerusi CNN menjelaskan bahawa penonton mula menolak dan melonjak ke arah hadapan pentas sehingga menyebabkan orang di hadapan menerima tekanan yang berat.

Oleh disebabkan itu, orang ramai mula rebah dan tidak sedarkan diri.

Saya mengalami tekanan berterusan di dada dan belakang saya. Dari tepi, saya dihimpit.

jelas Madeline Eskins, kepada CNN.

Lonjakan maut itu berlaku beberapa jam selepas sekurang-kurangnya seorang cedera apabila orang ramai bergegas melalui pintu masuk VIP ke acara itu di sebelah petang.

Tragedi itu menyebabkan acara berkenaan yang sepatutnya berlangsung selama dua hari terpaksa ditamatkan awal.

“Tak pernah terfikir perkara ini akan berlaku” – Travis Scott.

Travis Scott dalam satu video telah berjanji untuk membantu keluarga lapan orang yang terkorban semasa konsertnya di Astroworld Festival, Texas dan menjelaskan bahawa dia tidak dapat membayangkan perkara seperti ini berlaku.

Untuk rekod, CNN melaporkan bahawa lebih daripada 300 orang kini dirawat di hospital khas yang disediakan di festival berkenaan.

Salah seorang daripada pesakit adalah berumur 10 tahun dan berada di dalam keadaan yang kritikal, jelas Sam Peña.

Beberapa orang pesakit mengalami serangan jantung ketika mereka dibawa ke hospital, kata Peña. Butiran lanjut tentang kecederaan tidak tersedia dengan serta-merta.

Tambahnya lagi, punca kematian akan ditentukan oleh pemeriksa perubatan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd