Viral Insiden Maki Sekuriti, Suspek Terlibat Dengan Pelbagai Kes Jenayah Lampau – PDRM
Kontrak sewaan pasangan penyewa tersebut juga turut ditamatkan awal oleh pemilik unit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Beberapa hari lalu, satu kes telah tular di media sosial di mana pihak pengurusan sebuah kawasan mengeluarkan satu poster menunjukkan pasangan suami isteri dilihat memaki hamun seorang pengawal keselamatan.
Pasangan suami isteri tersebut dilihat bertengkar dengan pengawal keselamatan gara-gara mereka meninggalkan anak di meja sekuriti ketika pihak pengawal keselamatan yang sedang melaksanakan tugas pertukaran anggota untuk melakukan rondaan.
Klip video serta poster kejadian itu mulai tular di media sosial dan turut mengundang kemarahan orang ramai.
Ada bidio …. pic.twitter.com/WmITMer0OC
— campaiyon (@CampaiyonSyams) October 30, 2021
BACA LANJUT: “Kau Sekuriti Sebab Tu Bodoh!” – Lelaki Amuk Pak Guard Tak Tolong Jaga Anaknya
Secara ringkasnya, pihak sekuriti sedang bertugas, dia pergi tinggal anak untuk dijaga dan akhirnya memaki hamun sekuriti.
Kes ini telah membanjiri media sosial diikuti dengan pelbagai reaksi dari warganet.
Pendek kata, ramai yang tidak berpuas hati dengan kelakukan pasangan itu.
Dibanteras pihak berkuasa
Walau bagaimanapun, kedua-dua pasangan suami isteri yang terlibat kini telah dibanteras oleh pihak berkuasa.
Perbadanan Pengurusan Residensi Awani baru-baru ini mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kekecohan yang berlaku pada 27 Oktober 2021 di kawasan perumahan tersebut.
Kenyataan rasmi itu dimuat naik di Facebook Perbadanan Pengurusan Residensi Awani semalam (4 November).
Menurut kenyataan tersebut, pihak pengurusan telah mengemukakan Notis Amaran kepada pemilik dan penyewa terbabit.
Malah, kontrak sewaan pasangan penyewa tersebut juga turut ditamatkan awal oleh pemilik unit dan mereka kini dalam proses untuk berpindah keluar.
Bukan itu sahaja, pada 3 November lalu, satu waran telah dikeluarkan oleh pihak polis ke atas suspek lelaki tersebut yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan, kes curi dan juga jenayah lampau sebelum ini.
Hasil siasatan awal mendapati pasangan penyewa tersebut sering berpindah bagi mengelak diri mereka dikesan. Beberapa anggota polis bersama pihak sekuriti serta pihak pengurusan hadir ke unit berkenaan dan pasangan tersebut bersama anaknya dibawa keluar pada hari yang sama ke IPD bagi tindakan reman.
Perbadanan Pengurusan Residensi Awani menerusi kenyataan rasmi di Facebook.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.