Now Reading
[Video] Pemuda Buat Akaun TikTok Untuk Atasi Masalah Gagap

[Video] Pemuda Buat Akaun TikTok Untuk Atasi Masalah Gagap

Ramai netizen yang bagi kata-kata semangat di TikTok agar pemuda ini hilang masalah gagap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap orang pasti mempunyai masalah atau kekurangan diri yang mahu diatasi.

Ada sesetengah orang mempunyai masalah seperti kurang keyakinan diri apabila bercakap di khalayak ramai, tidak mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris dan sebagainya.

Masalah yang dihadapi itu sebenarnya boleh diatasi dengan cara berhadapan dengan ketakutan tersebut.

Sebagai contoh, anda kena membiasakan diri bercakap di hadapan orang ramai untuk mengatasi masalah gementar. Percayalah, lama-kelamaan perasan takut itu akan hilang dengan sendirinya.

Pemuda alami masalah gagap

Menerusi video dimuat naik di TikTok oleh @hanafinaru, lelaki tersebut memberitahu bahawa dia mempunyai masalah gagap.

Disebabkan masalah yang dihadapinya itu, dia mencipta satu akaun di aplikasi TikTok bagi memulihkan masalah gagap dan berharap agar orang ramai dapat membantu dan memberi sokongan kepadanya.

Perkongsian video tersebut menarik perhatian ramai pengguna TikTok sehingga berjaya meraih 728,700 tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@hanafinaru/video/7025291997573401858?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai netizen bagi sokongan. Siap ada yang beri tips untuk hilangkan gagap.

Melihat di ruangan komen video tersebut, kebanyakan netizen memberi kata-kata semangat kepada pemuda tersebut.

Ada juga yang siap bagi beberapa tips bagi menghilangkan masalah gagap.

Suka betul tengok reaksi positif dari masyarakat. Persekitaran macam inilah yang sihat dan baik untuk semua orang.

Kredit: TikTok @hanafinaru
Kredit: TikTok @hanafinaru

Manusia memang sifatnya tidak sempurna. Jadi, bila kita tengok seseorang yang mempunyai kekurangan, janganlah kita kecam mereka.

Lebih baik kita bagi sokongan dan tolong mereka. Kan lagi bagus macam tu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd