Now Reading
[Video] Gadis Dikecam Gara-gara Sanggup Beli Coway Demi Poster Percuma BTS

[Video] Gadis Dikecam Gara-gara Sanggup Beli Coway Demi Poster Percuma BTS

Baru-baru ini, Coway berkolaborasi dengan BTS dan memberi poster percuma kepada setiap pembeli.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Generasi muda sekarang ni memang ramai yang meminati kumpulan artis Korea seperti Blackpink, EXO, NCT, Twice dan banyak lagi.

Antara kumpulan artis korea yang mempunyai ramai peminat dari seluruh pelusuk dunia adalah BTS.

Boleh dikatakan hampir kesemua peminat BTS terlalu obses dengan kumpulan artis tersebut sehingga ada yang sanggup menghabiskan duit mereka membeli merchandise BTS.

Jual apa-apa sahaja berkaitan BTS, mesti cepat habis.

Sebelum ini McDonald’s pernah mengeluarkan set menu BTS Meal. Tak sampai sehari, ada sesetengah cawangan yang sudah kehabiskan hidangan tersebut.

BACA JUGA: Kolaborasi McDonald’s x BTS Ini Buat ARMY Tak Senang Duduk Nak Tunggu 26 Mei!

Gadis sanggup beli Coway untuk dapatkan poster BTS percuma

Baru-baru ini, Coway telah berkolaborasi dengan BTS dan pembeli boleh mendapatkan poster terhad kumpulan artis korea itu apabila membuat pembelian produk Coway yang terpilih.

Pemberian poster BTS secara percuma itu hanya sah bermula dari 25 Oktober sehingga 23 November 2021.

Berikutan itu, salah seorang peminat BTS dikatakan sanggup membeli produk Coway semata-mata nak mendapatkan poster percuma tersebut.

Melalui video yang dimuat naik oleh gadis tersebut di TikTok @eyka.yanaa, dia kelihatan sangat teruja melakukan ‘unboxing’ produk Coway tersebut dan mencari-cari poster BTS.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 835,600 tontonan ketika artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@eyka.yanaa/video/7026365778777656602?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Netizen kecam gadis beli Coway semata-mata nak poster percuma

Di ruangan komen video tersebut, ada sesetengah peminat BTS yang lain turut teruja apabila mendapat tahu mengenai perkara itu. Siap ada yang rancang untuk beli Coway juga.

Namun, segelintir netizen mengecam gadis tersebut yang dikatakan terlalu taksub sehingga sanggup membeli barangan mahal itu semata-mata mahukan poster percuma BTS.

Kredit: TikTok @eyka.yanaa
Kredit: TikTok @eyka.yanaa
Kredit: TikTok @eyka.yanaa

Gadis memang berniat nak beli sebab rumah banyak habuk berterbangan

Selepas menerima banyak kecaman daripada warganet, gadis berkenaan menjelaskan sebenarnya dia memang berniat untuk membeli penapis udara daripada Coway itu.

Menurut gadis tersebut, rumahnya ada banyak habuk berterbangan. Ditambah pula dengan adanya beberapa ekor kucing peliharaan.

@eyka.yanaa

Reply to @ssnnff First aku beli Coway is function air purifier tu sdri, second servis & tkar filter pun free je. Third, kucing aku. Fourth,ni mdel bru

♬ Shes from Hawaii – Yoongi’s wife (Real)

Sebelum kita nak buat sebarang spekulasi, lebih baik dapatkan kepastian dulu.

Tak pasal-pasal gadis tu kena kecam kononnya sanggup beli Coway kerana mahukan poster percuma.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd