Now Reading
Netizen Persoal JPJ Tentang Isu Nombor Plat Mewah & ‘Fancy’

Netizen Persoal JPJ Tentang Isu Nombor Plat Mewah & ‘Fancy’

JPJ memaklumkan penggunaan nombor plat mewah adalah melanggar undang-undang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Impian anda untuk menghiasi kereta dengan nombor plat mewah mungkin akan berakhir kerana perkara tersebut sebenarnya melanggar undang-undang.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika didapati bersalah melanggar undang-undang, pesalah boleh dikenakan denda di antara RM300 dan RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.

JPJ juga memuat naik beberapa contoh gambar nombor plat kereta mewah yang boleh dilihat di bawah:

Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang mempunyai nombor plat yang mengelirukan atau ‘fancy’ ke emel aduantrafik@jpj.gov.my dan perlu dikepilkan bersama bukti gambar serta maklumat berkaitan.

‘Peringatan’ daripada JPJ ini meraih pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.

Antara komen yang dilontarkan adalah netizen mengatakan bahawa orang kaya sahaja mampu untuk membeli nombor plat mewah itu.

Kebiasaannya VVIP sahaja yang ada nombor plat mewah ni. Kami yang dari kampung tak cukup berani lagi. Tingkap kereta pun tak pernah digelapkan.

Netizen.

Malah ada juga netizen yang berpendapat bahawa saman yang dikeluarkan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan ekonomi.

Sekiranya kerajaan mewajibkan penggunaan nombor plat kereta yang standard seperti di Indonesia dan Thailand, mengikut ukuran dan jenis tulisan yang betul serta melarang penjualan nombor plat mewah di bengkel aksesori kereta, pasti tiada lagi masalah mengenai nombor plat. Tetapi saman yang dikeluarkan juga salah satu cara kerajaan untuk membuat duit dan menjana ekonomi.

Netizen.

Bila isu ini akan selesai? Harap JPJ dapat membuat nombor plat sendiri. Beli mesin dan buat sendiri seperti di Thailand dan Singapura. Insyallah boleh selesai isu ini.

Netizen.

Ada juga netizen yang mempersoalkan mengapa jadikan sesuatu perkara yang mudah menjadi sukar.

Sebenarnya, tidak sukar untuk menjadikan kesemuanya diseragamkan. Semua kereta boleh menggunakan nombor plat yang seragam sekiranya JPJ mempunyai kemahuan untuk melaksanakannya. JPJ boleh membuat nombor plat standard bagi setiap kenderaan di Malaysia. JPJ boleh mengecop plat itu sendiri dengan mana-mana ciri moden dan memastikan setiap kenderaan dilengkapi dengan nombor plat mengikut piawaian dalam tempoh setahun.

Netizen.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd