Pencipta Pemacu USB Dari Malaysia Dihukum Penjara 3 Tahun & 10 Bulan Di Taiwan
Datuk Pua Khein Seng didapati bersalah di atas kesalahan penipuan, tetapi dia juga akan membuat rayuan terhadap hukuman yang diberikan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Datuk Pua Khein Seng, usahawan kelahiran Malaysia dan pencipta pemacu USB dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun 10 bulan oleh Mahkamah Daerah Hsinchu di Taiwan.
BACA JUGA: 5 Things You Didn’t Know Were Made By Malaysians
Menurut laporan media Taiwan Liberty Times, pencipta terkenal itu membuat laporan dan pengumuman palsu di bawah Artikel 171 Akta Sekuriti dan Bursa.
Bagi pertuduhan pertamanya, pendakwa raya menjelaskan dia telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk memalsukan transaksi perakaunan antara 2009 dan 2014. Untuk itu, dia dijatuhkan hukuman penjara dua tahun.
Bagi pertuduhan kedua pula adalah membuat catatan palsu dalam laporan penjawat awam, Pua dijatuhi hukuman penjara satu tahun 10 bulan.
Pua menjelaskan dia akan merayu dan membincangkan perkara itu dengan peguamnya.
Dia juga menegaskan bahawa operasi semasa dan kewangan syarikatnya tidak akan terjejas oleh penghakiman itu.
BACA JUGA: Here’s How The Malaysian USB-Inventor Got In Trouble In Taiwan
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.