Koleksi Gambar Ibu Mengandung Dijaja Dalam Group Facebook. Hati-hati!
Facebook Koleksi Mak Buyung yang mempunyai lebih 5,000 pengikut memaparkan banyak gambar wanita mengandung.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Zaman sekarang ni, tak kisahlah lelaki ataupun wanita masing-masing kena pandai jaga diri kerana ada ramai individu yang berniat jahat di luar sana.
Tetapi boleh dikatakan golongan wanitalah yang paling banyak menerima ancaman yang kurang senang lebih-lebih lagi di media sosial.
Media sosial yang bersifat terbuka membolehkan ramai orang membuat pelbagai perkara melalui gambar atau visual lain yang dimuat naik.
Sekarang ini pun dah terlampau banyak akaun media sosial yang dibuat bertujuan untuk perkara tidak baik.
Antara yang menjadi perhatian baru-baru ini adalah satu Facebook Page yang memaparkan koleksi gambar ibu mengandung.
Ish, seramnya!
Group Facebook Koleksi Mak Buyung jadi perhatian
Group Facebook Koleksi Mak Buyung yang memaparkan koleksi gambar ibu mengandung ini tular di media sosial selepas didedahkan oleh seorang pengguna Twitter iaitu Ain Husniza.
Menurutnya, dia menerima banyak mesej personal daripada orang ramai mengenai perkara tersebut.
Ain Husniza sebelum ini dikenali ramai sehingga ke mendapat liputan antarabangsa selepas memperjuangkan nasib dirinya yang menjadi bahan jenaka rogol di sekolah.
i got a dm today sending me acouple of links to a facebook group and post.
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) October 31, 2021
these people were fetishizing PREGNANT mothers and there’s some signs even showing that some might even be taking ‘candid’ …unconsented pictures.
this is unbelievable and repulsive.
im shocked. pic.twitter.com/lZhF0AUmJ0
Menurut Ain, koleksi gambar yang dikongsikan di dalam Facebook itu kebanyakannya dilihat oleh golongan lelaki yang ‘fetish’ terhadap wanita mengandung.
Kalau dilihat pada komen-komen pada gambar di dalam Facebook Page tersebut, kesemuanya memberi reaksi yang tidak senonoh.
Ada yang siap berfantasi bukan-bukan dengan gambar tersebut.
Kami pun tak sanggup nak baca.
Berikutan itu, ramai warganet turut memberi reaksi kurang senang mengenai perkara tersebut.

Selepas mendapat banyak laporan daripada pengguna, Facebook Page yang mempunyai lebih 5,000 pengikut itu telah dipadam.
Lelaki ‘fetish’ tengok gambar wanita mengandung adalah Maiesiophilia
Sesetengah lelaki gemar memuaskan nafsu mereka dengan hanya melihat gambar wanita mengandung.
Perkara ini disebut sebagai Maiesiophilia atau ‘pregnancy fetishism‘.
Maiesiophilia merupakan kelainan seksual yang mengakibatkan mereka dengan penyakit ini berasa ghairah ketika melihat ibu hamil.
Zaman sekarang ni ada macam-macam jenis orang yang tak diduga.
Oleh disebabkan itu, anda semua di luar sana dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar. Risau kalau gambar kita disalah guna untu tujuan yang tak elok pula.
Semoga kita terlindung daripada fitnah sebegini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.