Wajar Atau Tidak? Pejabat Mufti Perjelas Isu Pemeriksaan Darah Haid Pelajar Wanita
Merujuk kepada Seksyen 377D, Kanun Keseksaan (Akta 574), perbuatan ini boleh dimasukkan bawah kesalahan Melanggar Kesopanan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, isu pemeriksaan darah haid bagi pelajar wanita kini dilihat membanjiri media sosial. Warganet dilihat turut tampil memberikan pandangan mereka susulan isu ini.
Ada yang setuju dan ada yang sebaliknya.
Malah, ada juga segelintir yang menganggap bahawa pemeriksaan darah haid ini berlaku kepada ‘targeted girls’.
Maksudnya, mereka yang ‘loud’ dan nakal di sekolah.
Dulu zaman sekolah, targeted girls selalu kena cek. Aku tak pernah sebab aku kategori baik dan pandai. Lol.
— Farahin W (@Faraaaahin) October 28, 2021
Biasanya yang loud, yang tudung pendek, yang pakai stokin pendek dan yang ada boyfriend. Macamtulah.
Sebab imej, terus kena hukum. Budaya sampai sekarang.
Dalam bahasa yang lebih simple dan mudah difahami, seorang pengguna Twitter @im_every_where turut membalas kenyataan tersebut dengan pandangannya sendiri mengenai isu ini.
1. Mcm ni lah. Sy cuba terangkan dgn cara baik. Senario period spot check ni semua muncul sbb perempuan sendiri yg menipu. Bila duduk asrama, turun surau tu aktiviti WAJIB. Itulah cara asrama menghasilkan pelajar islam yg disiplin yg patuh pada suruhan agama. https://t.co/czX90SkQRi
— Unpopular Opinions Malaysia (@im_every_where_) October 30, 2021
BACA JUGA: Edu Minister Investigates KL College ‘Period’ Checks Claim
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tampil beri penjelasan ringkas
Persoalan yang sering dilontarkan pada ketika ini adalah – Adakah tindakan pemeriksaan haid ini selari dengan didikan agama Islam?
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Penerangan mengenai haid adalah perkara yang perlu dilakukan oleh penjaga dan pendidik bagi memastikan anak perempuan benar-benar memahami kriteria darah, perkara-perkara yang diharamkan, disunatkan dan digalakkan ketika haid serta cara penjagaan kebersihan diri dalam tempoh tersebut.
Namun, Islam menggariskan batasan-batasan Islam dalam hal ini seperti larangan menyentuh bahagian terlarang seperti punggung dan larangan mengintip.
Semestinya para pendidik berhasrat untuk mengambil cakna soal ibadah para pelajar wanita di bawah didikannya. Namun, sikap mempercayai, menjaga hak privasi juga diambil kira.
Semoga sikap berhati-hati kita mampu menarik rasa hormat serta kasih anak-anak muda kepada golongan lebih dewasa apabila kita mengiktiraf hak-hak mereka, seterusnya menjadikan mereka lebih cakna dengan hukum-hakam haid.
Haid merupakan satu kejadian fitrah atau semulajadi yang telah ditetapkan oleh Allah terhadap kaum wanita. Ia berlaku dalam tempoh tertentu yang mana berkait rapat dengan beberapa hukum hakam di dalam Islam, antaranya sepertimana yang diriwayatkan dalam sepotong hadis:
جَاءَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ أَبِي حُبَيْشٍ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي امْرَأَةٌ
أُسْتَحَاضُ فَلاَ أَطْهُرُ أَفَأَدَعُ الصَّلاَةَ فَقَالَ “لاَ إِنَّمَا ذَلِكِ عِرْقٌ وَلَيْسَ بِالْحَيْضَةِ فَإِذَا أَقْبَلَتِ الْحَيْضَةُ فَدَعِي
الصَّلاَةَ وَإِذَا أَدْبَرَتْ فَاغْسِلِي عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّي ”
Maksudnya: Fatimah binti Abu Hubaisy telah datang menemui Rasulullah SAW, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku seorang wanita yang sering keluar darah, maka aku tidak dalam keadaan suci. Adakah aku perlu tinggalkan solat?
Rasulullah SAW menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit dan bukan darah haid. Apabila haid (yang sebenar) keluar, tinggalkanlah solat. Sekiranya ia berhenti, basuhlah kesan darah (istihadah) dan mandilah (junub) serta dirikanlah solat.”.
Riwayat al-Bukhari (306), Muslim (322), al-Nasai’e (214) dan Ibn Majah (115).
Bertentangan dengan saranan Islam
Isu pemeriksaan darah haid dengan cara menyentuh bahagian punggung bagi memastikan pelajar wanita benar-benar memakai tuala wanita, meminta mereka menunjukkan tuala wanita yang terkena darah, meminta mereka mencalit sedikit darah di tuala wanita bagi menunjukkan bukti darah dan sebagainya adalah bertentangan dengan saranan Islam dalam menjaga privasi seseorang.
Sentuhan di bahagian punggung juga adalah diharamkan dalam Islam kecuali dalam situasi darurat seperti melibatkan risiko kesihatan dan nyawa.
Keadaan ini sama sekali tidak termasuk dalam kategori darurat.
Oleh itu, perbuatan tersebut sendiri adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Ia juga adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan.
Merujuk kepada Seksyen 377D, Kanun Keseksaan (Akta 574), perbuatan ini boleh dimasukkan bawah kesalahan Melanggar Kesopanan.
Seksyen ini menyatakan:
377D – Melanggar Kesopanan: Mana-mana orang yang melakukan, atau bersubahat melakukan, atau mendapat atau mencuba mendapat supaya dilakukan oleh mana-mana orang, apa-apa perbuatan kelucahan melampau dengan orang lain di tempat awam atau di tempat persendirian, hendaklah dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun.
Maka jelas di sini bahawa perbuatan ini perlu ditinggalkan kerana ia berlawanan dengan ajaran Islam dan undang-undang di Malaysia.
Anda boleh baca lebih lanjut di LINK INI.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.