Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Seorang lelaki berpakaian seperti karakter Joker yang terkenal di dalam filem Batman baru-baru ini dilaporkan telah menyerang beberapa orang awam di dalam sebuah komuter di Tokyo, Jepun.
Suspek berusia 24 tahun itu telah menikam 17 orang penumpang sehingga ada yang terpaksa melompat keluar melalui tingkap komuter untuk menyelamatkan diri.
Laporan Insider memaklumkan kebanyakan mangsa tidak mengalami luka serius dan hanya tiga penumpang mengalami kecederaan yang teruk.
Pihak bomba Tokyo juga memberitahu bahawa suspek sengaja menuang cecair dipercayai minyak daripada botol plastik dan membakar komuter berkenaan.
Suspek ditahan polis
Walau bagaimanapun, suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis dan kini disiasat atas cubaan membunuh.
Setakat ini, pihak polis masih menyiasat motif sebenar kejadian.
Namun, laporan tempatan memaklumkan lelaki tersebut mengaku sengaja melakukan insiden tersebut kerana mahu dijatuhkan hukuman mati.
Netizen pun terkejut
Rata-rata netizen terkejut apabila mendapat tahu mengenai insiden ngeri yang berlaku di Stesen Kereta Api Keio itu.
Sesetengah warganet beranggapan lelaki tersebut mungkin terlalu mengamati sambutan Halloween sehingga bertindak ganas seperti itu.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.