Now Reading
KJ Beri Penjelasan Sebenar Tentang Denda RM3K Kepada ‘Karen’

KJ Beri Penjelasan Sebenar Tentang Denda RM3K Kepada ‘Karen’

Perubahan pada garis panduan itu bermakna wanita tersebut tidak didenda RM10K seperti yang dikenakan kepada beberapa rakyat Malaysia pada awal tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang wanita mat salleh yang digelar ‘Karen’ didenda RM3,000 kerana telah melanggar SOP dan tidak memakai pelitup muka.

Ramai netizen berpendapat denda yang dikenakan itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan cara dia ‘bertekak’ dan memaksa pengawal keselamatan untuk melepaskannya di KLCC dan Bangsar Shopping Centre (BSC).

BACA JUGA: Caucasian ‘Karen’ Fined RM3,000, Spotted Trying To Enter BSC

Orang ramai juga membuat perbandingan dengan peristiwa di mana rakyat Malaysia suatu ketika dahulu pernah didenda dengan jumlah yang tinggi iaitu RM10,000 selepas mereka didapati tidak memakai pelitup muka dengan betul semasa tempoh PKP.

Kredit: Twitter @najibhaidin

Ini tidak adil

Ketika netizen membuat rungutan mengenai ‘denda yang lebih ringan’ itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tampil memberi penjelasan sebenar.

Menurutnya, denda RM10,000 itu telah dikurangkan selepas mendapat tentangan besar daripada masyarakat pada awal tahun ini.

Kemudian ketika tempoh darurat telah berakhir pada bulan Ogos, Ordinan Darurat tidak lagi berkuatkuasa. Ini bermaksud denda maksimum hanya akan dikenakan sebanyak RM1,000 kepada individu yang melanggar SOP.

Kredit: Twitter @Khairykj

Individu tanpa pelitup muka yang digelar ‘Karen’ telah didenda RM3,000 atas dua kesalahan di KLCC.

Kesalahan pertamanya adalah kerana gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila dia enggan mengimbas aplikasi MySejahtera ketika memasuki premis yang mempunyai liputan Internet.

Kesalahan keduanya adalah apabila dia gagal memakai pelitup muka di premis tersebut.

Kedua-dua kesalahan itu dikenakan denda RM1,500 untuk setiap satu.

BACA JUGA: [Watch] Caucasian KLCC ‘Karen’ Argues With Luxury Brand Staff To Let Her Shop Without A Mask


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd