“Kau Sekuriti Sebab Tu Bodoh!” – Lelaki Amuk Pak Guard Tak Tolong Jaga Anaknya
Cerita ringkasnya, sekuriti sedang bertugas, dia pergi tinggal anak untuk dijaga.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pihak pengerusan sebuah kawasan telah mengeluarkan satu poster menunjukkan dua orang individu yang merupakan pasangan suami isteri dilihat sedang memaki hamun seorang pengawal keselamatan.
Pasangan suami isteri tersebut dilihat bertengkar dengan pengawal keselamatan gara-gara mereka meninggalkan anak di meja sekuriti ketika pihak pengawal keselamatan sedang melaksanakan tugas pertukaran anggota untuk melakukan rondaan.
Klip video serta poster kejadian itu mulai tular di media sosial dan turut mengundang kemarahan orang ramai.
Cerita ringkasnya, sekuriti sedang bertugas, dia pergi tinggal anak untuk dijaga.
Logik?
Takkan anak sendiri nak suruh security jaga? 😂 😂 😂.. Management marah sungguh… Siap buat poster… 😂 pic.twitter.com/qV5EwxZpLu
— MYNEWSHUB (@mynewshub) October 30, 2021
Nampaknya, orang emosi dan ego macam ini memang sukar untuk dikawal.
Masalahnya, itu anak dia. Lepas itu tiba-tiba ‘naik hantu’ bila pengawal keselamatan tak tolong jaga sebab tengah bertugas.
Aneh betul.
Klip video mula tersebar
Setelah isu ini mula membanjiri media sosial, klip video kejadian tersebut yang dipercayai dirakam oleh orang awam kini dilihat semakin tular.
Video di bawah diambil dari pengguna Twitter @CampaiyonSyams.
Ada bidio …. pic.twitter.com/WmITMer0OC
— campaiyon (@CampaiyonSyams) October 30, 2021
Sendiri punya salah, sendiri mengamuk.
Warganet tak puas hati
Susulan kejadian yang berlaku, rata-rata warganet menyifatkan bahawa lelaki tersebut seolah-olah menganggap pengawal keselamatan sebagai orang suruhan.
Mana tidaknya, siap suruh jagakan anak.
Skop kerja mereka adalah menjaga kawasan dan keselamatan perumahan, bukannya menjaga kanak-kanak yang sengaja ditinggalkan oleh ibu bapa.


Tapi apapun, abang yang rekod video back-up pengawal keselamatan tu memang terbaik.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.