Now Reading
[Foto] Lelaki Ini Sempat Post Gambar ‘Penutup’ Di Padang Sebelum Meninggal Dunia

[Foto] Lelaki Ini Sempat Post Gambar ‘Penutup’ Di Padang Sebelum Meninggal Dunia

Arwah juga telah meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jika dilihat, sekarang ini sukan bola sepak sememangnya digemari ramai. Bola sepak ini di antara sukan yang bersifat universal.

Bukan orang muda sahaja, bahkan orang yang sudah meningkat umur pun dilihat masih bertenaga jika berada di padang bola.

Pendek kata, sukan bola sepak ini merupakan antara sukan digemari ramai jugalah.

Bukan itu sahaja, kalau borak tentang bola, topik ini membuatkan orang yang tak dikenali pun boleh ‘click’ dengan mudahnya.

Terus ngam walaupun nama pun masih tak tahu.

Kali terakhir beraksi di padang

Walaubagaimanapun, beberapa hari lalu terdapat satu kejadian telah menimpa individu yang merupakan seorang ejen Takaful iaitu Mohd Firdaus Zainor Abidin.

Beliau meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba ketika bermain bola sepak.

Kejadian berlaku pada hari Jumaat lalu (29 Oktober).

Arwah yang difahamkan memang aktif bersukan sempat memuat naik gambar terakhir di atas padang dengan kapsyen “Lama tak bersukan ni. Kita tengok berapa minit boleh tahan.”

Diikuti dengan gambarnya yang sedang senyum sambil menunjukkan ‘thumbs up’.

Tanpa disedari, gambar tersebut merupakan posting terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Cerita di sebalik kejadian tersebut telah dikongsi oleh beberapa rakan arwah pada malam hari yang sama. Malah, mereka turut menyatakan bahawa arwah adalah seorang yang baik dan mengucapkan terima kasih di atas segalanya.

Arwah juga telah meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.


Listen to your body.

Susulan tularnya berita tersebut, seorang pengguna Twitter @MomoAyumi_ telah terpanggil untuk memberikan nasihat berguna buat mereka di luar sana untuk memulakan senaman ringan terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa aktiviti sukan berat.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Salam takziah buat keluarga arwah dan semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Al-Fatihah.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd