Now Reading
Wanita Malaysia Mula Jual Seni Di NFT Selepas Didorong Vokalis Linkin Park

Wanita Malaysia Mula Jual Seni Di NFT Selepas Didorong Vokalis Linkin Park

Karya seninya turut dibeli oleh vokalis itu di salah satu pasaran NFT dengan harga RM7,400.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap orang ada bakat terpendam masing-masing. Ada yang mahir membuat kek, menjahit, melukis dan sebagainya.

Sesetengah orang menggunakan kemahiran yang mereka ada itu sebagai sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

BACA JUGA: Ibu 3 Anak Ceburi Industri Labu Sayong Untuk Sara Keluarga

Dalam zaman teknologi ini, pelbagai platform yang boleh digunakan untuk menjual produk anda secara atas talian.

Antaranya melalui Shopee, Lazada, Facebook, Carousell dan banyak lagi.

Zaman moden sekarang ini memang mudah kan?

Vokalis Linkin Park jadi dorongan utama

Seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Munira Hamzah telah mencabar dirinya untuk membuka akaun NFT (Non Fungible Tokens) selepas mendapat dorongan daripada vokalis utama Linkin Park iaitu Mike Shinoda.

Semuanya bermula apabila Shinoda terjumpa karya Munira dan memuji hasil seni tersebut. Bukan itu sahaja, karya seni berkenaan dibeli oleh Shinoda di salah satu pasaran NFT dengan harga RM7,400.

Shinoda turut memberi cadangan kepada Munira agar mencipta dan menjual hasil seninya di NFT.

Berhenti kerja dan fokus sepenuhnya pada NFT

Sebelum ini, Munira bekerja sepenuh masa dan hanya berkesempatan untuk menyiapkan karyanya pada waktu malam.

Namun, dia akhirnya berhenti kerja dan mula fokus menghasilkan karya seninya sepenuh masa.

Boleh dikatakan pendapatan saya selepas lima bulan menceburkan diri sepenuhnya dalam pasaran NFT hampir sama dengan pekerjaan saya sebelum ini sebagai peneraju kreatif.

Munira Hamzah.

Sehingga kini , sebanyak 1,800 hasil karya seperti GIF, lukisan digital dan banyak lagi dijual di platform tersebut.

Kerjayanya kini semakin berkembang sehingga dijemput sebagai salah seorang panel bersama artis antarabangsa dalam program bual bicara.

Kejayaan Munira ini boleh dijadikan motivasi kepada generasi muda untuk mencuba perkara baharu dan mungkin boleh dijadikan kerjaya tetap pada masa akan datang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one − 1 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd