Now Reading
[Video] Lelaki Sarung Kain Pelikat Gara-gara Tak Boleh Masuk JPJ Berseluar Pendek

[Video] Lelaki Sarung Kain Pelikat Gara-gara Tak Boleh Masuk JPJ Berseluar Pendek

Sebenarnya mereka berdua tidak tahu mengenai larangan memakai seluar pendek ketika berurusan dengan pejabat kerajaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sesetengah tempat mementingkan etika pemakaian yang bersesuaian ketika berurusan. Sebagai contoh di pejabat kerajaan, sekolah dan sebagainya.

Walaupun perkara ini dianggap umum, tetapi ada juga segelintir individu yang masih tidak tahu mengenai peraturan tersebut.

Ini kerana pernah terjadi kes di mana beberapa individu tidak dibenarkan masuk mengundi ketika pilihan raya kerana berseluar pendek.

Individu tersebut dikatakan menjerit sambil mengatakan dia pertama kali dikenakan tindakan sedemikian atas kesalahan pemakaiannya.

Tak susah pun nak ikut etika pemakaian yang baik. Cukup sekadar anda memakai pakaian sopan dan kemas.

Lelaki tidak dibenarkan masuk JPJ kerana berseluar pendek

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Ain menceritakan pengalaman suaminya ketika di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan.

Menurut Ain, suaminya dihalang oleh pengawal keselamatan daripada memasuki pejabat itu kerana memakai seluar pendek.

Walau bagaimanapun, masalah tersebut diselesaikan apabila lelaki itu mengambil keputusan untuk menyarung kain pelikat yang disimpan di dalam kereta sebagai persediaan untuk solat Jumaat.

Pasangan ini juga menjelaskan sebenarnya mereka berdua tidak tahu mengenai larangan memakai seluar pendek ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Kredit: TikTok @ainhadi0505
https://www.tiktok.com/@ainhadi0505/video/7023690104447225114?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8fyinzvX82wDam8G5%2FHhPF7O10yYmq7sH%2FXeLYt%2B%2BqbFsvFOvozzaqjM65fjBMpYWS2ppuMoRxxMzXxw5GgA%3D&language=en&mid=7023690081336593179&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7023690104447225114&source=h5_t&timestamp=1635483030&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Komen netizen pun boleh tahan ‘pedas’

Di ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan mengenai larangan berseluar pendek ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang siap bagi teguran ‘pedas’ mengenai aurat dalam Islam.

Kredit: TikTok @ainhadi0505
Kredit: TikTok @ainhadi0505

Ingat ye, pastikan pakaian kita mengikut etika yang ditetapkan apabila mahu berurusan dengan pejabat kerajaan.

Kalau tidak, memang tak boleh masuklah jawabnya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd