Now Reading
[Video] Wanita Lari Lintang Pukang Gara-gara Terpaksa ‘Lepas Hajat’ Di Tandas Kubur

[Video] Wanita Lari Lintang Pukang Gara-gara Terpaksa ‘Lepas Hajat’ Di Tandas Kubur

Video TikTok tersebut kini berjaya meraih lebih 1.3 juta tontonan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ada beberapa adab dan peraturan ketika menziarahi kubur atau ketika berada di tanah perkuburan.

Antaranya:

  • Bersih dari hadas (sunat berwudhuk)
  • Beri salam secara umum kepada ahli kubur dan berdoa untuk mereka
  • Berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap muka si mati
  • Sunat baca ayat-ayat suci al-Quran
  • Mengadap kiblat dan berdoa supaya Allah mengampuni dosa-dosanya

Walau bagaimanapun, ada juga beberapa larangan berkaitan dengan kubur yang perlu diketahui.

Pendek kata, cuba untuk jaga adab dan tingkah laku ketika berada di tanah perkuburan.

Takut, tapi terpaksa ke tandas

Baru-baru ini, viral di laman TikTok seorang pengguna iaitu @kiedaamy97_ apabila satu konten video miliknya kini berjaya meraih lebih 1.3 juta tontonan.

Wanita yang merupakan seorang ibu kepada dua orang anak itu telah mengeluarkan satu video yang membuatkan orang ramai terhibur.

Video tersebut menceritakan ketika dia berada di tanah perkuburan dan terpaksa ‘melepaskan hajat’ di tandas berdekatan.

Paling seram, tandas tu betul-betul depan kubur!

Fuh, fikir 10 kali rasanya kalau nak ‘melepas’ kat situ. Lepas setel, larian seakan atlet 100 meter sepantas kilat lah jawabnya.

@kiedaamy97_ Lari mcm atlet 100meter 😂😂 kalau sakit perut jgn #melawak main laaa . #fypage #berandafyp ♬ original sound – Kiedamy97_

Paling tak tahannya, kasut lejen tu. Bukan main kuat lagi bunyinya!

Netizen fokus bab kasut yang dipakai

Video menghiburkan hati seperti ini sememangnya lebih mudah mendapat reaksi netizen. Bahkan, pelbagai jenis komen ditinggalkan, lagi-lagi pasal terompah yang dipakai.

Lejen habis!

Sampai ada yang cakap bunyi kasut tu boleh buatkan ‘mereka’ terbangun.

Kredit: TikTok @kiedaamy97_
Kredit: TikTok @kiedaamy97_
Kredit: TikTok @kiedaamy97_

Tapi dalam banyak-banyak komen, ada juga netizen yang meninggalkan komen yang membuatkan wanita ini terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Takut kenapa? Esok kita seorang kat kubur”, kata seorang pengguna TikTok.

Menurutnya, dia bukannya takut berada di kawasan tanah perkuburan, sebaliknya dia takut sebab waktu itu dia seorang diri di sana dan lebih takutkan manusia daripada ‘hantu’.

@kiedaamy97_ Reply to @jejaka_sucii ada saya kata ka? Hmmm #fypage #melawakjee #masukberandafypp ♬ original sound – Kiedamy97_

Jangan salah faham okay? Apa pun, akak ni memang sempoi.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd