Now Reading
Rapid KL Beri Penjelasan Isu ‘Kubur Tren’ Terbiar Di Ulu Yam

Rapid KL Beri Penjelasan Isu ‘Kubur Tren’ Terbiar Di Ulu Yam

Pihak Prasrana mengesahkan bahawa tren-tren tersebut tidak lagi dimiliki oleh mereka dan telah dijual kepada CSR-Zhuzhou pada tahun 2014.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zaman sekarang ni kalau malas nak bawa kereta, boleh sahaja naik pengangkutan awam seperti LRT untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Boleh jimat masa sebab tak perlu hadap kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur yang sibuk.

Sehingga kini, Rapid KL telah meluaskan pengangkutan LRT mereka ke pelbagai kawasan di sekitar Lembah Klang.

Tapi kalau sesiapa yang jarang naik LRT ni mungkin agak pening sedikit sebab ada banyak laluan yang disediakan kepada pengguna seperti Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling.

Untuk pengetahuan anda, Sistem LRT Laluan Ampang sebelum ini juga dikenali sebagai Sistem LRT STAR (Sistem Transit Aliran Ringan) ketika mula beroperasi pada 16 Disember 1996.

Kredit: Wikimedia Commons

Namun, pada tahun 2016 Laluan Sri Petaling dan Laluan Ampang diperluaskan sehingga ke Putra Heights.

Bukan itu sahaja, pihak Rapid KL turut menukar koc-koc lama LRT STAR kepada koc enam gerabak yang lebih cantik dan selesa.

Kredit: Wikipedia

Jadi bila koc lama ditukar kepada yang baharu, apa jadi dengan koc yang sudah lama beroperasi itu?

YouTuber jumpa ‘kubur tren’ di Ulu Yam

Sebelum ini, tular satu video dimuat naik oleh seorang YouTuber Heart Patrick selepas dia terjumpa puluhan gerabak LRT terbiar yang dipercayai pernah digunakan oleh Rapid KL.

Gerabak LRT itu ditemui di sebuah kawasan yang dipanggil ‘kubur tren’ selepas satu jam perjalanan merentasi kebun sayur dan kolam.

Video berdurasi 53 saat itu telah berjaya meraih 15,080 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Rapid KL tampil beri penjelasan

Selepas tular video tersebut, pihak Rapid KL tampil membuat penjelasan menerusi satu posting di Facebook dan laman web rasmi mereka.

Pihak Prasrana mengesahkan bahawa tren-tren tersebut tidak lagi dimiliki oleh mereka dan telah dijual kepada CSR-Zhuzhou pada tahun 2014.

Selain itu, pihak CSR-Zhuzhou juga difahamkan telah melupuskan dan menjual gerabak api itu pada tahun 2016 kepada pihak ketiga yang menyimpan tren-tren tersebut di Ulu Yam.

Selepas kenyataan dikeluarkan oleh Prasrana, mereka menasihati orang awam untuk tidak menceroboh kawasan tanah persendirian tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Kredit: Facebook/Rapid KL

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd