Petugas Stesen TV Maut Dirempuh Kereta Ketika Berbasikal Di Cyberjaya
Mangsa yang dikenali sebagai Jeffry Aziz merupakan kru stesen televisyen di Astro Production Sdn Bhd.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Berbasikal adalah salah satu aktiviti riadah yang menjadi kegemaran orang ramai. Ada yang suka berbasikal seorang diri dan juga berkumpulan.
Tak kisahlah waktu siang atau malam, mesti ada sahaja kelibat orang berbasikal yang dilihat di tepi jalan.
Nak berbasikal tidak salah, tetapi sebelum itu anda perlu pastikan aktiviti tersebut dilakukan di tempat yang sesuai dan selamat.
BACA JUGA: Geng Basikal Dikecam Selepas Dilihat Berani Tunggang Tepi Lori. Bahaya!
Penunggang basikal maut dilanggar kereta
Baru-baru ini, seorang petugas stesen televisyen dilaporkan meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah kereta ketika sedang berbasikal seorang diri di Cyberjaya.
Kemalangan tersebut yang melibatkan mangsa bernama Jeffry Aziz telah tular di laman sosial Facebook Cyberjaya Community sejak pagi hari ini (22 Oktober).

Menurut laporan Harian Metro, mangsa adalah pekerja Astro Production Sdn Bhd (APSB).
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Kenalan terkejut dapat berita kematian mangsa
Di laman sosial Facebook, ramai kenalan mangsa terkejut apabila mengetahui mangsa maut ketika kemalangan.



Mangsa juga sebelum ini dilihat aktif membuat perkongsian mengenai basikalnya di group Facebook Trek Fans sejak beberapa hari lalu.
Pesanan kepada mereka yang suka berbasikal, mungkin selepas ini anda boleh memilih untuk melakukan aktiviti riadah tersebut di tempat yang lebih selamat seperti di kawasan perumahan ataupun taman.
BACA JUGA: Berbasikal Di Lebuh Raya Boleh Didenda Hingga RM5,000 & Penjara 12 Bulan – PDRM
Ini demi menjaga keselamatan anda dan juga orang lain.
Selagi kita boleh elak benda buruk terjadi, lebih baik elakkan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.