Now Reading
[Foto] Honda Malaysia Kongsi ‘Teaser’ City Hatchback. Lawa!

[Foto] Honda Malaysia Kongsi ‘Teaser’ City Hatchback. Lawa!

Tapi tarikh pengeluaran masih belum diumumkan oleh pihak Honda Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pihak Honda dijangka akan menamatkan pengeluaran Jazz di Malaysia.

Setelah hampir 20 tahun berada di pasaran, pengeluaran kereta kecil molek itu akhirnya bakal ditamatkan setelah dibawak masuk ke pasaran tempatan pada tahun 2003.

Kredit: Paultan

Bye, Jazz!

City Hatchback?

Dengan penamatan pengeluaran Honda Jazz, kini ura-ura baharu meramalkan bahawa Honda City Hatchback yang sudah diperkenalkan di Thailand pada tahun lalu mungkin akan menggantikan penjualan Jazz di pasaran tempatan.

Honda Malaysia pun dah bagi ‘teaser’ di laman Facebook.

“Move aside. Y? Because This. Is. It. #AllNewCityHatchback

Jika dilihat, reka bentuk serta rupa City Hatchback ini seakan-akan City model baharu – tapi lebih sporty dan menarik.

Macam HRV, tapi bukan. Macam Jazz, tapi besar sikit.

Honda Malaysia turut memberi gambaran Honda City Hatchback Model RS.

Walaupun masih tiada info lanjut mengenai spesifikasi kereta tersebut, kemungkinan besar model ini akan dijana oleh 1.5L DOHC i-VTEC bersama Multi-Mode Drive (i-MMD) dan sistem hibrid dua motor.

Sama-sama kita tunggu dan lihat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd