Now Reading
Berminat Nak Jadi Model, Pengacara Atau Pelakon? Jom Sertai Event Ini

Berminat Nak Jadi Model, Pengacara Atau Pelakon? Jom Sertai Event Ini

Tiada sebarang yuran dikenakan. PERCUMA sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Untuk pengetahuan anda, Kumpulan Pencarian Model, Pelakon dan Pengacara Terkini sedang mencari bakat-bakat baharu dalam industri fesyen.

Kumpulan ini ditubuhkan untuk membantu dan merancakkan lagi industri fesyen, pengacaraan dan hiburan tanah air.

Kredit: Facebook Pencarian Pelakon, Pengacara, Model Terkini

Bersempena dengan peralihan Fasa 4 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, kumpulan ini bakal melaksanakan satu acara yang dinamakan Outing PMPPT Photoshoot.

Maklumat mengenai acara ini adalah seperti berikut:

  • 24 Oktober 2021 (Ahad)
  • 9 AM
  • Jalan Alor, Kuala Lumpur
  • Tema pakaian adalah Street Wear

Anda yang berminat untuk sertai acara ini perlu memastikan sudah lengkap vaksinasi, scan MySejahtera dan memakai pelitup muka.

Jangan risau, tiada sebarang yuran dikenakan. Percuma sahaja.

Jika anda berminat untuk menyertai acara menarik ini, anda boleh hubungi Gib Idris di Facebook untuk mendaftar. Hanya dua langkah mudah untuk mendaftar.

  • Berikan nama, nombor telefon dan jenis pekerjaan kepada pihak penganjur
  • DM secara personal untuk dimasukkan ke dalam group Whatsapp

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi model, pengacara dan pelakon.

Mungkin anda adalah bakat yang dicari-cari.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd