Now Reading
[Video] Taksub Nak Kulit Putih, Wanita Disahkan Hidap Bengkak Hati

[Video] Taksub Nak Kulit Putih, Wanita Disahkan Hidap Bengkak Hati

Dia juga berkongsi pengalaman perit apabila terpaksa dimasukkan 11 botol air dan perlu mengambil darah sebanyak tiga kali sepanjang berada di hospital.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sesetengah individu terutamanya golongan wanita memang terlalu taksub untuk memiliki kulit putih.

Ada yang menganggap kulit putih adalah satu keperluan untuk dilabel sebagai cantik.

BACA JUGA: Netizen Risau Wajah Gadis Terlalu Putih Lepas Makan Produk

Oleh disebabkan itu, ada yang ‘menutup mata’ dengan segala risiko walaupun tahu akan ada kesan sampingan terhadap rawatan ataupun suplemen yang diambil.

Sekarang ni memang banyak produk untuk memutihkan kulit yang dijual di pasaran. Tak kisahlah di kedai-kedai atau pun atas talian.

Tapi, ada sesetengah produk yang dijual tidak mendapat kelulusan daripada pakar kesihatan dan mungkin boleh menjejaskan kesihatan diri.

Bahaya tu.

Kredit: CNN Indonesia

Taksub nak kulit putih sampai masuk hospital

Baru-baru ini, tular satu perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok @umiehafiezaa yang mendapat kesan sampingan ketika ingin melakukan perubahan terhadap kulitnya.

Percubaan wanita itu untuk berkulit putih akhirnya memakan diri selepas dia disahkan mengalami bengkak hati dan dimasukkan ke hospital selama 4 hari 3 malam.

Wanita itu menerima rawatan di Hospital Besut, Terengganu akibat rawatan ‘whitening drip’ yang diambil serta pengambilan jamu dan diet yang tidak terurus.

Orang lain sibuk merentas negeri, kita kena duduk dalam hospital.

Umie Hafieza menerusi TikTok.

Dia juga berkongsi pengalaman perit apabila terpaksa dimasukkan 11 botol air dan perlu mengambil darah sebanyak tiga kali sepanjang berada di hospital.

Kini, dia perlu menjaga pemakanan seharian dan mengelakkan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan diri.

Sekarang makan pun kena berpantang. Banyak yang tak boleh makan daripada yang boleh.

Umie Hafieza menerusi TikTok.

Wanita ini menasihati orang ramai supaya sayangi diri dan tidak terpengaruh dengan sebarang rawatan ataupun suplemen bagi memutihkan kulit.

https://www.tiktok.com/@umiehafiezaa/video/7020652493474499866?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Netizen nasihat guna cara yang lebih selamat walaupun kesan agak lambat. Yang penting sihat!

Di ruangan komen, rata-rata netizen risau dengan sesetengah individu yang cepat terpengaruh dengan ubat-ubatan bagi memutihkan kulit dalam masa yang singkat.

Risau disebabkan terlalu obses nak cantik, ada yang terpaksa masuk hospital.

Ada juga yang bagi cadangan untuk memakai losyen, Vaseline dan scrub badan untuk mendapatkan kulit lebih putih.

Kesannya mungkin agak lambat tapi tak apalah yang penting badan kekal sihat.

Kredit: TikTok @umiehafiezaa
Kredit: TikTok @umiehafiezaa
Kredit: TikTok @umiehafiezaa

Tak salah nak cantik, tapi biarlah kena dengan caranya.

Belajar untuk sayangi diri sendiri dan amalkan cara yang lebih sihat jika mahukan badan lebih kurus dan cantik.

Daripada makan suplemen atau rawatan yang membahayakan, lebih baik amalkan pemakanan yang sihat dan senaman.

Barulah cantik luar dan dalam.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd