Now Reading
[Video] Lelaki Menyamar Konon Bertugas, Tapi Sebaliknya Nak Buat Kejutan Untuk Ibu

[Video] Lelaki Menyamar Konon Bertugas, Tapi Sebaliknya Nak Buat Kejutan Untuk Ibu

Lelaki itu dikatakan hanya menyamar kononnya sedang melakukan tugas dengan bertanyakan beberapa soalan penting kepada warga emas tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pandemik Covid-19 telah melanda negara selama hampir dua tahun.

Oleh disebabkan itu, rakyat Malaysia terpaksa melalui beberapa sekatan serta peraturan ketat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Jika dahulunya, rakyat Malaysia yang berada di sesebuah negeri tidak dibenarkan untuk merentas negeri bagi memastikan wabak tersebut tidak menular.

Namun, baru-baru ini sekatan merentas negeri telah dibuka untuk rakyat Malaysia bebas bergerak dan pulang ke kampung halaman.

Kredit: PLUS Malaysia melalui Malay Mail

Tapi yang penting, SOP perlu dijaga dan hanya individu yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan.

Fuh, lega dah boleh balik kampung dan bercuti. #Vaccinated 😉

Frontliner menyamar sebab nak buat surprise

Baru-baru ini, tular satu video TikTok yang dimuat naik oleh @tokder1446 menunjukkan seorang lelaki berpakaian lengkap PPE seperti petugas barisan hadapan hadir di rumah seorang warga emas untuk membuat semakan.

Lelaki itu dikatakan hanya menyamar kononnya sedang melakukan tugas dengan bertanyakan beberapa soalan penting kepada warga emas tersebut.

Tapi sebenarnya, wanita tersebut adalah ibunya yang sudah lama tidak ditemui.

Mana tidaknya, rentas negeri baru sahaja dibenarkan.

@tokder1446

kasih nye seorang kakak😢

♬ original sound – #biaqjasajadikenangan.

AMARAN: Kalau ada tisu atau kain lap, sediakan dulu. Takut mata terkena ‘bawang’.

@tokder1446

aku yg xsanggup nk goreng lama2😭

♬ original sound – #biaqjasajadikenangan.

Terus berpelukan sampai macam tak nak lepas. Rindu punya pasal, jangan buat main oi.

Ramai tersentuh, berair jugalah mata

Oleh disebabkan ruangan komen video asal telah ditutup, kami meninjau komen-komen yang diberikan oleh warganet di Twitter setelah video ini dimuat naik kembali oleh @ERAdotje.

Ramai juga yang menitiskan air mata. Ingatkan kami je.

Memang betul-betul buat tersentuh jiwa dan raga. Tak tipu.

Kredit: Twitter/ERAdotje
Kredit: Twitter/ERAdotje
Kredit: Twitter/ERAdotje

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd