[Video] Bapa Steady Hantar Anak Jumpa Buah Hati. Sampai Ke Taiping Tu!
Tidak dinafikan, perkongsian ini sedikit sebanyak turut memberikan kesedaran buat ibu bapa di luar sana untuk mengambil tahu tentang dunia percintaan anak-anak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Lain keluarga, lain cara ibu bapa membesarkan anak-anak.
Ada yang lebih suka membuat keputusan untuk anak-anak, ada yang memberikan kebebasan buat anak-anak membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri, dan sebagainya.
Pendek kata, tiada cara salah atau betul.
Kesemuanya bergantung kepada cara penerimaan serta cara mereka membentuk diri sendiri.
Bapa bawa anak jumpa buah hati
Seperti satu video yang tular baru-baru ini menunjukkan seorang bapa dilihat membawa anak bujangnya untuk pergi berjumpa kekasih hati.
Paling menarik, satu keluarga dibawa untuk trip dari Kuala Lumpur ke Taiping, Perak itu.
Video tersebut telah dikongsikan oleh pengguna TikTok @remydamak dan kini meraih lebih 55.7 ribu tontonan ketika artikel ini ditulis.
@remydamak Cinta Antara Benua#tiktokmalaysia #viral #fypã‚· #lovestory ♬ Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
COMEL SANGAT. I CANNOT.
Anak dating, family pergi jalan-jalan
Menurutnya, selepas video tersebut tular – ramai yang bertanyakan apakah kesudahan mereka sekeluarga selepas membawa anak lelakinya berjumpa dengan buah hati?
Rupa-rupanya, mereka pergi berjalan-jalan dan membawa haluan sendiri.
Sambil menyelam, minum air lah katakan.
@remydamak Reply to @marinaismail71 Ni endingnya, Anak bahagia, mak dan ayah gembira..#fypã‚· #lovestory #tiktokmalaysia ♬ original sound – Remy Damak
Steady, kata netizen
Tidak dinafikan, perkongsian ini sedikit sebanyak turut memberikan kesedaran buat ibu bapa di luar sana untuk mengambil tahu tentang dunia percintaan anak-anak.
Dengan cara itu, mungkin anak-anak akan lebih terbuka untuk menceritakan.
Macam abang ini, sporting dan sempoi habis.



Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.