Kerana Penyakit Talasemia, Pasangan Kekasih Ini Terpaksa Berpisah
Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah merah ataupun hemoglobin yang mencukupi dan berkualiti.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila sebut Talasemia, mesti ramai yang kurang tahu mengenai penyakit ini. Selalunya penyakit-penyakit kritikal seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis sahaja dipandang serius oleh masyarakat.
Penyakit Talasemia juga penting untuk diberi pendedahan kepada orang ramai kerana penyakit ini mudah diwarisi daripada ibu atau bapa.
Menerusi portal MyHealth, Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah merah ataupun hemoglobin yang mencukupi dan berkualiti.
Kekurangan darah merah akan menyebabkan tubuh badan kurang menerima bekalan oksigen.
Penyakit Talasemia terbahagi kepada dua iaitu:
- Pesakit (major)
2. Pembawa tanpa sebarang gejala (minor)

Untuk pengetahuan anda, sel darah merah bagi individu menghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding sel darah merah normal yang mampu bertahan selama 4 bulan.
Bagaimana caranya untuk mengelakkan diri daripada diserang penyakit Talasemia ini?
Mudah sahaja, anda perlu membuat pengesanan awal pembawa dan elakkan berkahwin dengan pembawa penyakit Talasemia.
Pasangan ini terpaksa berpisah gara-gara mereka berdua pembawa penyakit Talasemia
Seorang pengguna Tiktok @szasaccount memuat naik perkongsian video mengenai dia dan pasangan yang terpaksa berpisah kerana masing-masing telah disahkan pembawa Talasemia.
Selepas membuat perbincangan yang mendalam, mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hubungan percintaan demi masa hadapan keturunan.
Sedih sangat sebab masing-masing saling mencintai antara satu sama lain. Tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan.
Kalau mereka berkahwin dan mempunyai anak pada masa hadapan, kesihatan anak mereka akan terjejas.
@szasaccount please spread awareness about thalasemia #thalasemia #thalasemiaindonesia #breakup #fyp
♬ Pesan Terakhir – Lyodra
Ramai puji pasangan ini bertanggungjawab. Syabas!
Hasil tinjauan di ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet memuji tindakan pasangan itu yang tidak mahu merisikokan kesihatan anak jika mereka berkahwin.
Perkongsian video itu telah berjaya meraih 3.3 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.