Now Reading
Isteri Sedih Suami Turun 20KG Lepas Disahkan Hidap Kanser Lidah

Isteri Sedih Suami Turun 20KG Lepas Disahkan Hidap Kanser Lidah

Dia agak terkejut mendapat tahu perkara itu kerana suaminya rajin bersenam dan kurang minum minuman manis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila sudah mendirikan rumah tangga, pasangan suami isteri kenalah saling setia antara satu sama lain dan kuat bagi mengharungi segala dugaan.

Ujian berumah tangga ini boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti masalah kewangan, kesihatan, hubungan dengan keluarga mentua, kehadiran orang ketiga dan sebagainya.

Walau apa pun yang terjadi, masing-masing kena saling bertolak ansur. Barulah hubungan akan kekal hingga ke Jannah.

Isteri diuji suami hidap kanser lidah

Perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Ruby Sara ini sememangnya membuka mata ramai orang.

Dia menceritakan ujian terbesar dalam kehidupan selepas lima tahun berkahwin apabila suaminya iaitu Nazmi Husine disahkan menghidap kanser lidah.

Dia agak terkejut mendapat tahu perkara itu kerana suaminya seorang yang rajin bersenam dan kurang minum minuman manis.

Namun, wanita ini terpaksa reda dengan ujian tersebut.

Wanita itu meluahkan rasa bersyukur apabila keputusan makmal menunjukkan suaminya tidak perlu menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi.

Namun begitu, proses penyembuhan agak mencabar buat suaminya.

Salah satu pembedahan dilakukan selama 11 jam di mana lidah suaminya yang mengandungi sel kanser dibuang hampir separuh dan digantikan dengan otot peha.

Berat suaminya pun dah turun 20 kg.

Ketika itu, si isteri setiap hari bertemankan air mata apabila melihat keperitan yang terpaksa ditanggung oleh suaminya.

Isteri mana yang tak sedih bila tengok pasangan mereka sakit.

Selepas lima hari keluar dari ICU, suaminya mula belajar berjalan perlahan-lahan.

Lama-kelamaan, pertuturan suaminya juga makin jelas.

Ruby memaklumkan suaminya kini semakin pulih dan memohon agar orang ramai terus mendoakan kesihatannya.

https://www.tiktok.com/@rubysara1/video/7019851330634272026?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Sebak tengok pengorbanan si isteri kepada seorang suami.

Inilah yang dikatakan susah senang bersama.

Ramai yang beri kata-kata semangat

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata kagum melihat kekuatan wanita itu menghadapi ujian tersebut.

Ramai juga yang mendoakan agar suaminya diberi kesembuhan semula seperti sedia kala.

Kredit: Tiktok @rubysara1
Kredit: Tiktok @rubysara1

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd