[Video] Isteri Set Suara Sendiri Di Aplikasi Waze Suami. Buat Hal!
Tersengih-sengih suami dengar suara isteri bagitahu jalan. Tapi harapnya boleh fokus dan jumpa jalan dan lokasi yang ditujulah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Majoriti pengguna jalan raya pada masa kini memang akan menjadikan aplikasi Waze atau Google Map sebagai GPS Navigasi untuk membantu mereka mencari lokasi dan tempat yang ingin dituju.
Tak semua orang jenis hafal jalan.
Ada yang duduk di Shah Alam, tapi dalam Shah Alam pun masih terpinga-pinga, salah masuk bulatan, dan sebagainya.
Maklumlah, bulatan semuanya nampak sama tapi hala tujunya berbeza.

Tapi kadang-kadang, ada juga beberapa situasi di mana aplikasi Waze ini akan bawa anda masuk ke tempat yang mengarut.
Rasa geram pula masa tu.
Set suara sendiri di aplikasi Waze
Tahukah anda yang sebenarnya di aplikasi Waze, anda boleh setting suara sendiri untuk dijadikan background voice?
Ya, memang agak menyeramkan untuk dengar suara sendiri bila tengah bawa kereta. Terutama pada waktu malam.
Jadi, kalau boleh sila elakkan perkara itu daripada berlaku.
Suami guna suara isteri
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @maizuramohamadtmc memuat naik satu video seorang suami dilihat sedang memandu menggunakan aplikasi Waze berlatarbelakangkan suara isterinya.
Tersengih-sengih suami dengar suara isteri bagitahu jalan. Tapi harapnya boleh fokus dan jumpa jalan dan lokasi yang ditujulah.
Video tersebut kini berjaya meraih lebih 2.3 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.
@maizuramohamadtmc Comel je kan? Ni lau aku buat ni, tobat laki aku uninstall waze dia 🤣🤣🤣🤣🤣
♬ original sound – Maizura Mohamad
Ini baru betul extra.
Siap ajar langkah-langkah untuk setting suara sendiri di aplikasi Waze!
Netizen terhibur
Tidak dinafikan, tak ramai orang yang tahu tentang ciri terbaharu ini.
Jadi, untuk anda yang ingin mencuba di telefon pasangan masing-masing, silakan.
Sebelum itu, tinjaun di ruangan komen video tersebut turut mendapati netizen terhibur dengan perkara tersebut. Tapi rata-rata memang merasakan kalau letak suara sendiri, automatik akan terkejut waktu bawa kereta.
Macam-macam komen netizen bagi. Lawak betul.



Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.