[Video] Beli Ayam KFC Siap Dapat Percuma Tag Nama Pekerja
Terkejut juga beli KFC siap dapat percuma tag nama pekerja.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Ayam goreng KFC sememangnya menjadi kegemaran ramai disebabkan rasa dan aromanya yang cukup menyelerakan.
Tidak kiralah tua ataupun muda, semua orang suka.
Disebabkan harganya pun murah dan senang didapati di mana-mana, tak hairanlah makanan ini menjadi pilihan ketika orang ramai keluar berpiknik atau pun membuat aktiviti lain.
Sekarang ni nak beli secara atas talian pun senang, guna je Foodpanda, GrabFood, ShopeeFood dan sebagainya.
Lapar pula tiba-tiba sebut ayam KFC ni.
Peh, terliur.

Beli ayam KFC siap dapat percuma tag nama pekerja
Namun baru-baru ini ada tular satu cerita yang agak menghiburkan mengenai ayam KFC.
Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna Tiktok @sayangchantek, dia dan rakan-rakannya dilihat sedang berpiknik di tepi pantai.
Tetapi yang peliknya, gadis di dalam video itu seperti sedang mencari-cari seseorang bernama Syahira. Dua tiga kali juga memanggil-manggil nama itu.
Rupa-rupanya, Syahira yang ‘dicari’ itu berada di dalam kotak ayam KFC yang dibeli oleh mereka.
Terkejut juga beli KFC siap dapat percuma tag nama pekerja. Lain macam.
Lebih menyeronokkan lagi, video tersebut yang berjaya meraih 959,400 tontonan setakat artikel ini ditulis telah mendapat perhatian pemilik tag nama tersebut.
Pemilik tag nama itu memohon maaf gara-gara tidak sengaja tertinggal tag nama di dalam kotak ayam KFC itu.
Tag nama kini dah dipulangkan kepada tuannya.

Habis semua Syahira satu Malaysia menyahut
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen yang bernama Syahira juga rasa terpanggil apabila gadis itu berulang kali melaungkan nama itu.


Tak terkira Syahira yang ada satu Malaysia ni.
Haih, kelakar betul. Boleh pula ya jadi macam tu.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.