Now Reading
[Video] Warganet Puji Tindakan Wanita ‘Pulangkan’ Semula Sampah Dibuang Dari Tingkap Kereta

[Video] Warganet Puji Tindakan Wanita ‘Pulangkan’ Semula Sampah Dibuang Dari Tingkap Kereta

Bukan sekali sampah dibuang keluar dari kereta, DUA KALI.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sekarang ini boleh dikatakan ada segelintir masyarakat yang selamba sahaja membuang sampah dari tingkap kereta.

Sampah yang dibuang itu kadang-kadang plastik bekas makanan, kotak minuman, tisu dan sebagainya.

Boleh nampak sikap ini dilakukan tanpa mengira pangkat ataupun darjat.

Menurut JPJ, pelaku yang membuat kesalahan itu boleh didenda RM 2,000 atau penjara enam bulan.

Jangan main-main ye.

Mungkin dalam kereta tiada tempat untuk membuang sampah, tapi apa salahnya kalau kita simpan dahulu sebelum terjumpa mana-mana tong sampah berdekatan.

Kredit: AmazingNara

Jika sebelum ini, pernah tular seorang lelaki sanggup keluar dari keretanya dan memulangkan semula sampah yang dibuang oleh seorang pemandu Myvi ketika berada dalam kesesakan lalu lintas.

Tak cukup itu sahaja, dia juga siap ‘sekolahkan’ pemandu tersebut yang membuang kotak rokok di atas jalan raya.

Video yang tular di Facebook lelaki berkenaan telah meraih 316,000 tontonan.

Boleh tonton video penuh di sini.

Wanita ‘pulangkan’ semula sampah

Namun baru-baru ini, tular satu video Tiktok di mana seorang wanita dilihat melakukan tindakan sama seperti individu sebelum ini.

Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Siti Eliza, seorang pemandu BMW yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah melalui tingkap kereta.

Pada mulanya, satu sampah yang ‘terbang’ dari tingkap kereta. Tak sampai beberapa minit, sampah kedua pula ‘melayang’.

Wanita tersebut segera turun dari keretanya selepas melihat sampah kedua pula yang dibuang.

Tanpa segan silu, dia mengutip dan memulangkan sampah yang dibuang kepada pemiliknya melalui tingkap kereta.

Boleh tahan bengang juga bila dia tengok ada orang selamba buang sampah di jalan raya.

https://www.tiktok.com/@sitisitieliza/video/7017276440152460571?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai netizen puji wanita ini berani

Hasil tinjauan di ruangan komen tersebut, rata-rata netizen memuji sikap wanita itu yang berani bertindak sedemikian.

Tak ramai berani tegur orang yang dah buat kesalahan secara terang-terangan.

Satu dalam sejuta ni. Apa-apa pun, memang tabiklah dekat akak ni.

Malah, video tersebut juga meraih 1.3 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

Kredit: Tiktok @sitisitieliza
Kredit: Tiktok @sitisitieliza

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd