Now Reading
[Video] Nenek Nangis Tengok Cucu Depan Mata Lepas Setahun Tak Jumpa

[Video] Nenek Nangis Tengok Cucu Depan Mata Lepas Setahun Tak Jumpa

Lebih menyentuh hati apabila warga emas itu mengalirkan air mata sambil berpelukan dengan ahli keluarganya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rasa macam dengar pengumuman raya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini membenarkan perjalanan rentas negeri di seluruh Malaysia.

Tak boleh nak luahkan betapa gembiranya bila mendengar berita baik itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya dekat mak ayah di kampung.

Mana taknya, ada yang hampir dua tahun tak dapat balik menjenguk ibu bapa sejak bermulanya pandemik.

Mesti ramai yang sudah merancang nak pulang ke kampung halaman kan?

Kredit: iPrice

Nenek rasa seakan-akan bermimpi

Sama seperti kisah seorang pengguna Tiktok @nanadayana.11 dan keluarganya yang pulang ke kampung selepas kerajaan memberi kebenaran rentas negeri.

Menerusi video yang dimuat naik itu, gadis berkenaan tidak sabar untuk bertemu dengan neneknya selepas hampir setahun tidak berjumpa.

Neneknya juga terkejut melihat kepulangan cucunya dan merasakan semua itu seakan-akan mimpi.

Lebih menyentuh hati apabila warga emas itu mengalirkan air mata sambil berpelukan dengan ahli keluarganya.

Perkongsian video itu telah berjaya meraih 669,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@nanadayana.11/video/7017649140930809115?_d=secCgYIASAHKAESPgo89vLSZdapolcoDRNVu8j8K734V29a6Xw2NAMsbLDSzS0dGXz1Bjv31oNwAXbd%2BqEoSOlOBY0QqzpM2LnYGgA%3D&language=en&mid=6757899136084740098&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7017649140930809115&source=h5_t&timestamp=1633961039&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Netizen menangis rindukan nenek

Di ruangan komen, netizen turut mengalirkan air mata selepas melihat video tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga yang meluahkan rasa rindu kepada nenek mereka yang sudah meninggal dunia.

Siapa yang masih ada nenek, anda dikira beruntung tau. Hargailah mereka sementara masih ada.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd