Now Reading
[Video] Gadis Pegang Ulat Gonggok Tanpa Segan Silu. Beraninya Oi!

[Video] Gadis Pegang Ulat Gonggok Tanpa Segan Silu. Beraninya Oi!

Video tersebut kini berjaya meraih lebih 2.4 juta tontonan di TikTok ketika artikel ini ditulis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, memang banyak kita lihat aktiviti outdoor yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Contohnya, piknik, mandi sungai, mandi air terjun, camping, dan sebagainya.

Ramai sebenarnya pecinta alam semulajadi di Malaysia ni.

Mana taknya, dah berbulan-bulan terperap di rumah, bila dapat keluar takkan nak pergi mall je kan?

Gadis curi tumpuan, pegang ulat macam nak makan!

Baru-baru ini, tular satu video TikTok di mana seorang gadis dilihat memegang ulat gonggok gergasi dengan selambanya.

Serius, dia pegang macam nak masukkan dalam mulut pun ada.

Tapi sebenarnya dia excited bila terjumpa ulat gonggok sebesar tu.

Katanya, ‘satisfying’. Uih, berani!

@meyrazuzuu

Satisfying betul jumpa yang besar macam ni🤣

♬ original sound – Meyrazuhairi

Berdiri bulu tengkuk kami tengok ni. Er…

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Meyra pada mulanya dilihat melakukan aktiviti outdoor bersama keluarganya sebelum terjumpa ulat gonggok gergasi itu.

@meyrazuzuu

Cukup lah dengan ulat gonggok! Jom makan

♬ original sound – Meyrazuhairi

Memang satu dalam sejuta betul hang ni.

Komen netizen pun boleh tahan lawak!

Hasil tinjauan di ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet dilihat kagum dengan sifat keberanian gadis itu.

Bayangkan, ulat gonggok kecil pun kami boleh geli meremang, inikan pula yang sebesar tu.

Malah, video tersebut turut meraih lebih 2.4 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

Kredit: TikTok @meyrazuzuzu
Kredit: TikTok @meyrazuzuzu
Kredit: TikTok @meyrazuzuzu
Kredit: TikTok @meyrazuzuzu

Amacam, ada sesiapa boleh jadi seberani gadis ini?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd