Now Reading
iPhone 13 Percuma Diberi Oleh Majikan, Lelaki Ini Luah Rasa Terharu

iPhone 13 Percuma Diberi Oleh Majikan, Lelaki Ini Luah Rasa Terharu

Patutlah sehari sebelum itu bos ada bertanyakan warna apa yang disukai untuk telefon pintar tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sekarang ni memang ramai tengah kecoh mengenai iPhone 13 yang baru keluar. Boleh tahan lawa juga warna iPhone 13 ni.

Harga pun sama-sama cantik ya. Mesti ramai yang mengidam nak iPhone keluaran baharu ini kan?

Tapi, siapa sangka ada seorang lelaki dapat telefon yang paling latest ini secara percuma. Biar betul?

Terharu bos hadiahkan iPhone 13

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter Syahril Ondah, dia menceritakan detik terharu apabila majikan di tempat kerjanya menghadiahkan iPhone 13.

Patutlah sehari sebelum itu bos ada bertanyakan warna apa yang disukai untuk telefon pintar tersebut.

Pada masa yang sama, dia pun ada berharap supaya ianya bukan harapan palsu apabila soalan itu ditanya.

Memang bukan harapan palsu apabila dia betul-betul dapat iPhone 13 yang baru itu.

Lelaki berkenaan menceritakan kisah sebenar apabila ramai yang tertanya-tanya apa yang dilakukan olehnya sehingga layak menerima hadiah iPhone 13.

Sejak bermulanya PKP, projek-projek di syarikat tempat dia bekerja banyak yang tergendala sehingga ada masalah dari segi kewangan.

Jualan menurun dan gaji pekerja pun tak dapat dibayar.

Sehinggalah mereka mengambil keputusan menjual makanan untuk membayar gaji pekerja dan keperluan lain.

Dalam proses nak menjayakan perniagaan makanan itu, ada juga pekerja lain yang berhenti sebab tak tahan dan mempersoalkan kerja di luar bidang mereka.

Tetapi lelaki ini beranggapan kerja menjual makanan ini boleh dijadikan pengalaman juga meskipun di luar bidang pekerjaannya.

Tapi, ada juga yang mengatakan kononnya lelaki ini membeli iPhone 13 itu guna duit sendiri dan hanya menagih perhatian.

Lelaki ini turut menceritakan pengalaman pernah meniarap di lantai bersama bos sambil buat kerja untuk naikkan jualan.

Dia juga sudah menganggap rakan sepejabatnya itu seperti abang dan kakak sebab ahli keluarganya jauh di Sabah.

Tak bermaksud untuk memihak kepada bos di luar sana, tetapi lelaki ini faham akan risiko yang terpaksa ditanggung rapat oleh mereka.

Prinsip lelaki ini, walaupun kadangkala ada juga main-main di pejabat, yang penting semua kerja siap.

Lelaki ini menasihati agar kita semua dapat bersangka baik tidak kira dengan sesiapa pun walaupun mungkin tidak dapat balasan.

Netizen kongsi pengalaman dengan bos masing-masing

Selepas tweet tersebut tular, ramai netizen yang berkongsi kisah mereka dengan bos masing-masing.

Ada juga yang beranggapan betapa bertuahnya lelaki ini dapat bos yang baik sampai ada yang teringin bekerja di syarikat yang sama.

Tapi, ada juga yang memberi reaksi katanya bos di tempat kerja mereka hanya beri masalah kepada mereka.

Boleh dikatakan macam-macam jenis bos yang ada.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd