Now Reading
Youtuber Cuba Taktik Tug of War Dalam Squid Game. Menjadi Ke?

Youtuber Cuba Taktik Tug of War Dalam Squid Game. Menjadi Ke?

Filem yang mempertandingkan beberapa permainan tradisi bangsa Korea ini sememangnya mencetuskan fenomena.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mesti ramai yang dah tengok filem Squid Game kan?

Siapa yang tengok filem ini memang tak akan tenang, sebab ada banyak aksi yang cukup mendebarkan penonton.

Lagi satu, kalau boleh janganlah makan waktu tengah tengok cerita ni. Memang boleh hilang selera makan.

Menerusi laporan daripada Koreaboo, Squid Game menjadi satu-satunya filem Asia pertama berada di carta kedua rancangan televisyen yang ditonton di seluruh dunia selepas empat hari ditayangkan di Netflix.

Filem yang mempertandingkan beberapa permainan tradisi bangsa Korea ini sememangnya mencetuskan fenomena.

Kalau anda perasan, ada satu babak di mana pemain bernombor 001 di dalam filem tersebut menggunakan taktik berdiri sambil mendongak ke langit ketika pihak lawan menarik tali dari arah bertentangan.

Kredit: allkpop

Taktik yang diperkenalkan oleh lelaki tua itu membuahkan hasil selepas pasukannya menang pertandingan tarik tali tersebut.

Youtuber cuba tarik tali guna taktik yang sama

Salah seorang Youtuber iaitu Jin Ying Jin baru-baru melakukan satu eksperimen tarik tali untuk menguji kebekesanan taktik yang diajar oleh karakter atuk di dalam filem Squid Game.

Satu kumpulan yang terdiri daripada campuran lelaki dan wanita serta sekumpulan lelaki sahaja dipertandingkan dalam permainan tarik tali.

Kredit: Youtube Jin Ying Jin

Pada awal permainan tanpa menggunakan sebarang strategi, kumpulan yang terdiri daripada lelaki dan wanita itu tewas dengan pasukan lawan.

Pada pusingan kedua, pasukan yang sama tetap tewas tetapi boleh nampak yang mereka bertahan lebih lama kalau nak dibandingkan pada pusingan pertama.

So, menjadi ke strategi yang pemain 001 ajar dalam Squid Game tu?

Berdasarkan kesimpulan daripada Youtuber Jin Ying Jin, strategi itu tidaklah menjadi sepenuhnya tetapi boleh kira membantu jugalah.

Tonton video penuh di bawah:

Pelbagai reaksi dari netizen

Di ruangan komen video Youtube tersebut, kebanyakan netizen memberikan pendapat mereka mengenai eksperimen yang dilakukan itu.

Ramai yang bagi pendapat sepatutnya pasukan lawan di dalam eksperimen ini tak boleh tahu mengenai strategi yang ingin diguna pakai.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd