Rakan Sekerja Cium Kepala, Hulur Wang Tunai RM50 Sebab Rasa ‘Bersalah’
Menurut wanita tersebut, dia telah membuat laporan polis mengenai kes itu tetapi suspek telah dijamin oleh si isteri.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Makin banyak kes gangguan seksual yang terjadi di tempat kerja. Ada je tiap-tiap hari keluar berita mengenai individu berbuat perkara tidak senonoh.
Terdahulu, tular mengenai kes seorang tentera lelaki menghisap jari jurujual wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat.
Laporan terkini memaklumkan suspek telah pun ditahan polis di sebuah rumah di Taman Setiawangsa untuk membantu siasatan.
BACA JUGA: Hisap Jari Jurujual Wanita, Abang Askar Didakwa Buat Gangguan Seksual
Baru-baru ini, ada lagi kes melibatkan gangguan seksual kepada staf wanita di tempat kerja.
Staf lelaki cium kepala pekerja wanita
Kes yang terbaru pula terjadi melibatkan seorang staf lelaki yang didakwa mencium kepala seorang pekerja wanita.
Kejadian tersebut dikongsikan oleh mangsa di laman Twitter @nabshelby.
Menurut wanita tersebut, dia telah membuat laporan polis mengenai kes itu tetapi suspek telah dijamin oleh si isteri.
Wanita itu sebelum ini mengambil keputusan untuk menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis, tetapi dia agak bengang apabila suspek seolah-olah tidak mengambil serius mengenai perbuatan tidak senonohnya itu.
Lebih mengejutkan, suspek mendakwa dia bertindak mencium kepala staf perempuan itu kononnya mahu memberi kasih sayang.
Biar betul dia ni? Alasan tak munasabah langsung.
Suspek turut mempersoalkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa kerana mendakwa dirinya tidak menyentuh langsung kemaluan wanita berkenaan.
Suspek hulur RM 50 sebab serba salah
Bukan itu sahaja, staf lelaki turut tersebut menghulurkan wang tunai berjumlah RM 50 kepada wanita berkenaan kononnya sebab ‘rasa bersalah’ selepas kejadian terbabit.
Mangsa kemudiannya memberanikan diri untuk membuat laporan polis selepas dinasihati.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.