Now Reading
Reaksi Warganet Mencuit Hati Lepas Facemask Tanpa Tali Diperkenalkan

Reaksi Warganet Mencuit Hati Lepas Facemask Tanpa Tali Diperkenalkan

Lelaki itu menjelaskan bahawa gam yang digunakan untuk melekatkan pelitup muka adalah mesra pengguna dan bahannya tidak merosakkan muka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pelitup muka sekarang ni memang sudah jadi satu benda yang wajib ada kalau nak pergi ke mana-mana.

Disebabkan ianya selalu digunakan, ramai yang mula cari pelitup muka yang selesa dan senang untuk dipakai.

Sekarang ni pun dah macam-macam jenis pelitup muka yang ada di pasaran seperti jenis KF94 dan juga KN95.

Tak kisahlah nak pakai yang mana pun, yang penting dapat lindungi diri dari jangkitan Covid-19.

Pelitup muka tanpa tali

Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok bernama @kucailah menunjukkan tutorial memakai pelitup muka tanpa tali yang dilihat lebih memudahkan orang ramai.

Menurutnya, pelitup muka tanpa tali yang kini sudah mula berada dalam pasaran Malaysia itu sebenarnya diinovasikan oleh seorang petugas barisan hadapan iaitu Prof. Madya Dr. Chew Heng Hui.

Lelaki turut menasihati orang ramai yang ingin menggunakan pelitup muka itu untuk mencuci muka terlebih dahulu bagi mengekalkan kebersihan diri.

Hanya perlu cabut pelekat di belakang pelitup muka itu dan boleh terus tampal di bahagian muka.

Memang senang sangat ni.

Lelaki itu turut menjelaskan bahawa gam yang digunakan untuk melekatkan pelitup muka adalah mesra pengguna dan bahannya tidak merosakkan muka.

Jangan risau, mask tu tak pakai gam UHU pun.

Reaksi netizen mencuit hati

Video tutorial yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Komen-komen dari netizen memang mencuit hati betul.

Ada yang siap cakap pelitup muka tanpa tali ni seolah-olah tampal roadtax dekat muka.

Apa-apa pun, memang terbaiklah inovasi terbaharu pelitup muka ni.

Lepas ni dah tak perlu risau kalau tali pelitup muka tiba-tiba terputus. Cuma lekat di muka dan anda sudah dapat lindungi diri.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd