Now Reading
Lokasi ‘Dark Tourism’ Yang Famous Di Lembah Klang & Kisah Di Sebaliknya. Seram!

Lokasi ‘Dark Tourism’ Yang Famous Di Lembah Klang & Kisah Di Sebaliknya. Seram!

Empat lokasi di Lembah Klang yang mempunyai cerita masa lampau menyeramkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


‘Dark Tourism’ memperlihatkan peningkatan berikutan popularitinya melalui mainstream media – ditambah pula dengan sifat manusia yang ingin tahu.

BACA JUGA: Dark Tourism In Sabah & Why We Are Drawn To The Macabre

Bulan Oktober sering dikenali sebagai ‘Spooktober’, ditambah pula dengan kelonggaran oleh pihak kerajaan yang membenarkan rakyat melakukan perjalanan domestik, ini adalah masanya untuk memuaskan sifat ingin tahu anda dengan ‘hadir’ di tempat seram di sekitar Lembah Klang.

Melawat lokasi dark tourism ini sebenarnya biasa-biasa sahaja, tetapi kisah di sebaliknya yang menjadikan ianya begitu menarik.

Ini antara tempat-tempat menarik yang boleh anda terokai:

DISCLAIMER/AMARAN: Menceroboh adalah kesalahan jenayah di Malaysia. Sekiranya anda merancang untuk melawat salah satu kawasan di bawah, sila dapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pemilik tanah ataupun pihak berkuasa dan lakukannya atas risiko sendiri.

Mimaland

Kiri dan kanan atas: Gambar sebelum dan selepas Mimaland
Kanan bawah: Pintu masuk Mimaland yang sekarang
(Kredit: Mimaland Gombak/ Facebook)

Sebelum Sunway Lagoon, tempat yang akan dituju untuk menikmati keseronokan taman tema adalah di Mimaland, sebuah taman tema air rekreasi di Gombak yang dibuka pada tahun 1975.

Malangnya, ia ditutup pada tahun 1994 selepas beberapa peristiwa malang melibatkan kematian seorang warga Singapura ketika menggunakan gelongsor gergasi di kolam renang serta kejadian tanah runtuh sehingga merosakkan kolam yang sama.

Walaupun taman tema itu telah ditutup selama beberapa dekad, masih ada juga orang yang datang ke sini untuk mengambil gambar tempat peninggalan yang sudah dilupakan ini.

Bukan itu sahaja, ada juga yang ingin berpengalaman mengunjungi tempat yang sebelum ini pernah menarik ramai pengunjung dari seluruh negara ke sebuah kampung yang tenang di Kampung Batu 12, Ulu Gombak, Selangor.

Rumah Berhantu Bukit Gasing

Kredit: Google Maps

Rumah yang terbengkalai sering dikunjungi, tetapi jarang berlaku di rumah yang memiliki Alfa Romeo dan Porsche yang diparkir di luar.

Terletak di No. 3 Jalan 5/64, Bukit Gasing di Petaling Jaya merupakan sebuah banglo terbengkalai dengan simbol ‘SG’ besar di pintu hadapan.

Kisah di sebalik bagaimana rumah itu ditinggalkan masih menjadi misteri dan tidak dinafikan ianya juga menjadi lebih menarik.

Dikatakan isteri kepada pemillik rumah itu membunuh perempuan simpanan suaminya setelah mendapat tahu mengenai hubungan mereka berdua itu. Suaminya pula dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung selepas mengetahui perkara tersebut.

Susulan kejadian itu, si isteri bertindak untuk menggantung dirinya.

Ada juga kisah lain yang mengatakan bahawa terdapat seorang ahli bomoh mempraktikkan ilmu ghaib di tempat tersebut.

Seperti kebanyakan rumah lain yang ditinggalkan, sebenarnya ianya tidaklah betul-betul “ditinggalkan” seperti yang dikatakan oleh golongan yang gemar akan alam mistik dan sering berkunjung ke tempat seperti itu.

Beberapa objek yang ditemui dan dikatakan mungkin dimiliki oleh pemilik rumah sebelum ini.

Antaranya adalah bahan bacaan berkaitan mistik Kristian yang disebut sebagai permainan kad Traditional Martinist Order, Magic: The Gathering, tali pinggang serta sijil dalam seni mempertahan diri dan pelbagai dokumen lain.

Banglo Jalan Turi

Banglo Jalan Turi sebelum (kiri) dan selepas (kanan) dirobohkan
Kredit: Spooky Site/ Prop Social

Sekiranya anda hidup dalam tahun sekitar 90an, berita utama pada tahun 1992 adalah mengenai dua kanak-kanak bukan warganegara dan pembantu rumah yang dibunuh dengan kejam oleh pengawal keselamatan di Jalan Turi, Bangsar.

Pengawal keselamatan itu telah ditangkap, disiasat dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman mati. Dia dikatakan mempunyai masalah gangguan mental.

Sebelum rumah itu dirobohkan, pengunjung akui ternampak kelibat roh dua orang kanak-kanak itu sedang berdiri di pagar utama.

Walaupun selepas rumah tersebut telah dirobohkan, masih ada orang yang datang mengunjungi kawasan itu dan sesetengah daripada mereka mendakwa ianya dipenuhi dengan barang-barang milik bekas penghuni.

Lisa (bukan nama sebenar) yang merupakan rakan sekelas kepada salah seorang mangsa, teringat apabila salah seorang guru memberitahu mereka mengenai tragedi itu kepada semua orang.

Kami semua tak percaya. Semasa anda di dalam lingkungan umur sedemikian, anda tidak bersedia untuk mendengar berita mengenai salah seorang rakan sekelas meninggal dunia.

“Lisa”, rakan sekelas salah seorang mangsa Jalan Turi menerusi TRP.

Kisah tersebut masih membuatkan ramai meremang bulu roma sehingga ke hari ini – malah ada yang percaya bahawa bulu roma akan naik apabila roh berada berdekatan dan ini menjadikannya lebih membimbangkan.

Bukit Tunku

Rumah ‘berhantu’ Bukit Tunku
Screenshot daripada video tular yang menampakkan kelibat ‘hantu’ di Bukit Tunku.
(Kredit: Poskod/ Amy’s Crypt/ Youtube)

Dikatakan rumah golongan elit di Malaysia, Bukit Tunku adalah kawasan perumahan golongan atasan di Kuala Lumpur yang mempunyai banyak kondominium serta banglo mewah.

Walaupun anggaran kos untuk membeli rumah di kawasan ini adalah sangat tinggi, kisah Kenny Hills juga boleh tahan menakutkan.

Kisah yang paling menghantui adalah di sebuah rumah penjajah British apabila seorang wanita dikatakan membunuh diri dan rohnya masih menghantui rumah tersebut sehingga ke hari ini.

Nak lalu dekat kawasan itu pun dikira tidak selamat.

Menurut Amy’s Crypt iaitu sebuah laman web yang menyiasat tempat-tempat paling berhantu di dunia, Bukit Tunku tidak asing lagi dengan kejadian fenomena paranormal mengenai kisah lejen di mana penunggang motosikal ‘berhantu’ pernah menghantui kawasan itu.

Terdapat laporan yang mendakwa motosikal itu dibawa dengan sangat pantas sehingga ianya hilang dalam kegelapan.

Pada tahun 2017, sosok tubuh seperti hantu sedang duduk di tengah-tengah jalan dilihat oleh seorang pemandu melalui video rakaman dashcam – memang sangat menakutkan sehingga ianya mendapat liputan berita di seluruh dunia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd