Now Reading
Terlalu Banyak Bendera Putih? Kibar Bendera Ungu Untuk Derma Kepada Komuniti!

Terlalu Banyak Bendera Putih? Kibar Bendera Ungu Untuk Derma Kepada Komuniti!

Hanya ada satu penderma untuk setiap 17 isi rumah yang menaikkan bendera putih.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Gerakan Bendera Putih menarik perhatian dunia dan beberapa media antarabangsa apabila melihat inisiatif rakyat Malaysia menolong rakyat Malaysia yang lain ketika berada dalam kesulitan dan memerlukan bantuan.

BACA JUGA: “Bendera Putih” Movement Going Viral As Malaysians Try To Reach To Those In Need

Mereka yang memerlukan bantuan akan menaikkan bendera putih di rumah sebagai isyarat berada dalam kesusahan.

Tidak lama selepas gerakan itu mendapat momentum, KitaJaga.co diwujudkan bagi membantu mengesan golongan yang memerlukan.

Penyelesaian yang positif, rakyat Malaysia bermurah hati

Kini, bendera ungu pula diperkenalkan bagi mewakili golongan yang ingin menghulurkan bantuan. KitaJaga.co sekali lagi merapatkan jurang antara golongan yang memerlukan serta golongan yang ingin menghulurkan bantuan.

Gerakan Bendera Ungu dilancarkan pada awal September lalu di beberapa buah negeri, bertujuan untuk mengekalkan momentum dengan mewujudkan kesediaan dalam memberi bantuan.

Ini adalah masalah berterusan yang telah menimpa ribuan rakyat Malaysia dan daripada hanya memberikan kesedaran, kami telah mewujudkan platform buat rakyat Malaysia yang benar-benar ingin melakukan sesuatu tentang hal ini- penyelesaian untuk rakyat Malaysia oleh rakyat Malaysia.

Reza Razali, Pengasas Kita Jaga

Lebih ramai memerlukan berbanding yang mengambil berat

Sehingga kini, jumlah bendera putih di KitaJaga.co melebihi bendera ungu dengan nisbah 17:1 dan jumlah bendera ungu dilihat semakin menurun.

Contoh yang menunjukkan bilangan bendera putih dan bendera ungu
(Kredit: Kita Jaga)

Perbezaan ini menunjukkan keperluan lebih banyak penderma untuk tampil ke hadapan dan menolong mereka yang memerlukan bagi memastikan permintaan mereka tidak diabaikan.

Sertai Gerakan Bendera Ungu

Walaupun sektor ekonomi sudah mula dibuka secara berperingkat, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang masih menganggur dan pertolongan anda akan sangat membantu mereka.

Ini apa yang perlu dilakukan untuk menyertai Gerakan Bendera Ungu:

1 .Daftar di KitaJaga.co

2 .Pin bendera ungu di lokasi anda.

3 .Sediakan bantuan (Contohnya barang keperluan harian seperti bahan kering, barangan bayi, alat tulis dan sebagainya)

4 .Maklumkan pada pihak Kita Jaga yang anda ingin menghulurkan bantuan dan telah menyediakan barangan bantuan.

Untuk memastikan keselamatan penderma dan penerima, pihak Bendera Ungu akan menguruskan proses pengumpulan dan pemberian barang sumbangan kepada rumah-rumah yang menaikkan bendera putih.

Ini akan menjadikannya lebih mudah buat mereka yang ingin menderma kerana perkhidmatan penghantaran juga ditawarkan secara percuma.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd