Now Reading
Kesihatan Mental & Emosi Juga Dikira Sebagai Nafkah Batin

Kesihatan Mental & Emosi Juga Dikira Sebagai Nafkah Batin

Mufti Wilayah Persekutan mengeluarkan kenyataan bahawa keperluan emosi, mental serta fizikal yang baik merupakan salah satu nafkah batin yang wajib suami tunaikan terhadap isteri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila cakap bab kahwin, memang semua sedia maklum tentang tanggungjawab melunaskan nafkah kepada pasangan dan anak-anak.

Tapi bila sebut je mengenai nafkah batin, mesti ramai yang cuba beranggapan ianya hanya melibatkan hubungan intim antara pasangan.

Sebenarnya lebih daripada itu tau.

Menerusi perkongsian di laman Twitter oleh pengguna bernama @bellarahim94, dia menegaskan bahawa penjagaan emosi serta kesihatan mental pasangan juga termasuk dalam nafkah batin.


Penerangan dari Mufti.

Susulan itu, Mufti Wilayah Persekutan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa keperluan emosi, mental serta fizikal yang baik merupakan salah satu nafkah batin yang wajib suami tunaikan terhadap isteri. 

Dalam Islam terdapat hak-hak yang wajib ditunaikan oleh suami terhadap isterinya. Seperti Firman Allah SWT:

وَلَهُنَّ مِثۡلُ ٱلَّذِي عَلَيۡهِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيۡهِنَّ دَرَجَةٞۗ

Maksudnya“Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya).”

Surah al-Baqarah (228)


Islam melarang suami melayan si isteri dengan cara yang tidak baik seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan sikap kasar terhadap isteri di hadapan anak-anak.

Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadis Nabi SAW dari Abu Hurairah R.A. Sabda Rasulullah SAW:

اسْتَوْصُوا بِالنساءِ خَيْرًا، فإنَّ المرأةَ خُلقتْ من ضِلَعٍ ، وإنَّ أَعْوَجَ شيءٍ في الضِّلعِ أَعْلَاه ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ ، وإن تركتَه لم يزلْ أَعْوَجَ ، فاستوصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا

Maksudnya“Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”.

Riwayat al-Bukhari (3331) dan Muslim (1468)


Islam mengajar agar suami sentiasa menggauli isteri dengan cara yang sangat baik berdasarkan firman Allah SWT di bawah.

وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ

Maksudnya“Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”

Surah an-Nisa’ (19)

Dalam hal ini juga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan memberi tunjuk ajar serta nasihat dari sudut pendidikan agama dan kefahaman berkenaan pengurusan emosi.

Kredit: Keluarga

Kesimpulannya, suami tidak mempunyai hak untuk memukul sehingga mencederakan isteri, apatalagi menganiayainya.

Suami yang mendatangkan kecederaan dan menganiayai isteri boleh dikenakan undang-undang Syariah Seksyen 52 Akta 303 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Undang-undang itu memperuntukkan bahawa mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh. 


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd