Now Reading
Gigil Cabut Bulu Mata Palsu Jenazah, Wanita Insaf Terus Tutup Kedai

Gigil Cabut Bulu Mata Palsu Jenazah, Wanita Insaf Terus Tutup Kedai

Tak ramai orang sedar sebenarnya penggunaan bulu mata ini adalah haram di sisi agama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Penggunaan eyelash extension memang tengah trend sekarang ni lebih-lebih lagi wanita yang suka berhias. Kebiasaannya orang pakai eyelash extension ni untuk menjadikan mata nampak lebih menarik.

Sebab nak cantik, ada yang sanggup juga pakai walaupun dah tahu benda tu haram dipakai untuk tujuan kecantikan.

Tak salah nak berhias, tapi kena tengok juga hukumnya dari sisi agama.

Sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok iaitu @nayraafika untuk membuat perkongsian mengenai isu penggunaan eyelash extension selepas ianya tular melalui mStar.

Wanita ini yang dahulunya obses dengan kecantikan sehingga sanggup menabur duit serta mengikuti kursus khas semata-mata ingin memulakan perniagaan eyelash extensions.

https://www.tiktok.com/@nayraafikaa/video/7015219608986684698?referer_url=https%3A%2F%2Fohmedia.my%2F&referer_video_id=7015219608986684698&refer=embed

Tidak lama memulakan perniagaan tersebut, wanita itu cepat-cepat tutup kedai selepas berdepan detik menginsafkan.

Kisahnya bermula apabila ibu saudara suaminya yang baru sahaja membuat eyelash extensions dengannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Susulan itu, keluarga arwah merayu kepada wanita tersebut untuk mencabut eyelash extensions yang dipakai oleh jenazah.

Kredit: Tiktok @nayraafikaa

Haram hukumnya memakai eyelash extension

Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini pernah memberi penerangan mengenai hukum menyambung bulu mata dengan kaedah eyelash extension.

Perbuatan menyambung rambut atau disebut sebagai ‘al-wasl’ dianggap melampau dan dilarang dalam Islam.

Larangan tersebut jelas dinyatakan dalam hadis Nabi SAW daripada Asma’ bint Abi Bakr R.Anhuma. Sabda Rasulullah SAW:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ

Maksudnya“Allah melaknat al-washilah (orang yang menyambung rambut) dan al-mustaushilah (orang yang minta disambungkan rambutnya).”

Riwayat Muslim (5687)


Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha, seorang gadis Ansar baru berkahwin. Dia telah jatuh sakit menyebabkan rambutnya banyak yang gugur. Keluarganya hendak menyambung rambut tersebut (dengan rambut palsu). Mereka kemudian bertanya kepada Nabi SAW lalu Baginda bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ

MaksudnyaAllah melaknat orang yang menyambung rambut dan yang minta disambungkan rambutnya.

Riwayat al-Bukhari (5934)

Kredit: Ally Beauty

Dibolehkan mengikut beberapa syarat

Namun, hukum memakai bulu mata palsu dibolehkan jika bahannya menggunakan selain rambut manusia atau bulu najis, mendapat keizinan suami dan tidak menggunakan bulu mata palsu separa kekal yang menghalang air untuk bersuci.

Ini kerana bercantik dan berhias untuk suami itu digalakkan dalam syarak.

Begitu juga sekiranya terdapat keperluan mendesak seperti seseorang yang ditimpa penyakit, ditimpa kemalangan, terbakar atau yang seumpamanya daripada perkara-perkara kecacatan lalu menyebabkan bulu matanya rosak atau cacat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd