Now Reading
Wanita Terjun Dari Myvi Didakwa Terkena Gangguan Jin

Wanita Terjun Dari Myvi Didakwa Terkena Gangguan Jin

Sepupu rapat gadis itu meminta video tersebut diturunkan dan menceritakan perkara sebenar.

https://www.instagram.com/p/CUl2eD-hZYV/?utm_medium=copy_link

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular satu rakaman video dashcam di mana seorang gadis tiba-tiba terkeluar daripada pintu kereta Myvi.

Yang mengejutkan, kenderaan tersebut pada ketika itu masih bergerak sewaktu mahu mengambil selekoh kanan jalan sekitar kawasan UNISEL Seksyen 7, Shah Alam.

Kejadian yang berlaku sekitar 2.30 petang itu menunjukkan kereta Myvi tersebut secara tiba-tibanya memperlahankan kenderaan serta memasang lampu kecemasan ketika di persimpangan lampu isyarat sebelum seorang gadis terkeluar daripada pintu kereta di bahagian penumpang.

Video yang dikongsikan di Instagram Careta itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah yang terjadi sebenarnya.

Tinjauan kami di ruangan komen di Facebook mendapati seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah sepupu kepada gadis itu meminta video tersebut diturunkan bagi mengelakkan fitnah berlaku.

Dia juga menceritakan sebab di sebalik kejadian itu di mana gadis berkenaan terkena gangguan jin secara mengejut.

Rakan sekerja yang dalam perjalanan bersama gadis tersebut pula menceritakan kawannya tiba-tiba menjerit sebelum bertindak terjun keluar daripada kereta Myvi itu.

Panik dengan keadaan tersebut, pemandu Myvi itu meletakkan kenderaan di tepi jalan untuk menenangkan gadis tersebut sehingga pulih.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata setakat ini masih tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana individu.

Justeru, orang ramai disarankan untuk tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta kes yang tepat terhadap video yang tular ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Laporan daripada Kosmo memaklumkan pihak polis meminta pemandu dan penumpang Myvi itu tampil membuat laporan polis berhubung insiden yang tular itu.

Bukan itu sahaja, pihak polis juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk segera memaklumkan kepada pihak mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd