[Video] Kasut Penghantar Kurier Rosak Diganti Baru Oleh Pelanggan. Mulianya Hati
Mula-mula isterinya pelik kenapa lama sangat berborak depan rumah, rupanya nak bagi kasut baru kepada penghantar barang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sedekah itu merupakan amalan mulia.
Percayalah, janji Tuhan adalah manusia takkan jatuh miskin kalau bersedekah kepada mereka yang lebih memerlukan.
Sebab itulah kita semua perlu sentiasa rajin berbuat kebajikan.
Nanti suatu hari, ada balasannya.
Yang penting, jika ingin dimurahkan rezeki, belajarlah untuk menjadi seorang yang pemurah.
Kasut abang J&T rosak, diberi kasut baru
Baru-baru ini, tular satu video TikTok di mana seorang pelanggan syarikat penghantaran J&T telah menghulurkan sepasang kasut kepada pekerja tersebut oleh kerana kasutnya dilihat sudah rosak ketika menghantar barang.
Video itu telah dimuat naik oleh pengguna TikTok Erine Rahim menceritakan kisah ringkas tersebut yang melibatkan suaminya serta seorang penghantar kurier.
Menurut Erine, pada mulanya dia juga pelik kenapa suaminya berborak terlalu lama di bawah panas matahari yang terik, tapi sebenarnya ada ‘agenda’ lain yang dirancang suaminya.
Nak bagi kasut baru rupanya.
Mulia sungguh hati.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih lebih 81,000 tontonan.
Konten tak buka aib.
Tidak dinafikan, video menyentuh hati itu telah meraih pujian orang ramai yang menontonnya. Ini kerana video tersebut diambil secara private dan wajah penghantar kurier juga ditutup demi menjaga aib.
Apa pun, semoga pemberi kasut diberikan rezeki melimpah ruah.
Tapi memang kami admit, sedih betul video ni. Kalau salah timing tengok, boleh menangis satu malam oi.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.