Now Reading
Rugi 29 Bilion, Mark Zuckerberg Minta Maaf Gangguan 3 Aplikasi Utama Selama 6 Jam

Rugi 29 Bilion, Mark Zuckerberg Minta Maaf Gangguan 3 Aplikasi Utama Selama 6 Jam

Pengendali terpaksa ambil masa 6 jam untuk pulihkan semula gangguan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tiga aplikasi media sosial utama iaitu Whatsapp, Instagram dan Facebook mengalami gangguan lewat malam semalam dalam tempoh hampir 6 jam.

Ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki oleh Facebook itu tidak dapat diakses melalui laman web mahupun telefon pintar.

Ingatkan rumah tak ada line. Rupa-rupanya memang tengah ada masalah dengan sistem.

Kredit: CNBC Indonesia

Menurut laporan Berita Harian, pihak Downdetector yang mengesan masalah tersebut memaklumkan bahawa ianya adalah kegagalan sistem terbesar yang pernah berlaku.

Mana tidaknya, hampir 10.6 juta pengguna membuat laporan mengenai masalah yang berlaku itu.

Kali terakhir Facebook mengalami gangguan adalah pada tahun 2019.

Whatsapp menerusi laman Twitter rasminya meminta maaf kepada semua pengguna yang terkesan akibat gangguan yang berlaku lewat malam semalam.

Pihak pengendali juga sedang melaksanakan proses pemulihan secara berperingkat dengan berhati-hati dan berterima kasih atas kesabaran pengguna.

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg memuat naik posting di laman Facebook milinya baru-baru ini dengan meminta maaf kepada semua pengguna atas gangguan yang berlaku.

Beliau memahami ramai yang bergantung kepada aplikasi Whatsapp, Facebook dan Instagram untuk sentiasa berhubung dengan orang tersayang.

Laporan daripada The Vocket melaporkan Mark Zuckerberg juga mengalami kerugian sebanyak RM29 billion selepas saham Facebook jatuh sekitar 5%.

Menerusi laporan daripada Harian Metro, pengendali ketiga-ketiga media sosial itu mengambil masa sekitar enam jam bagi memulihkan semula keadaan dan ianya adalah tempoh gangguan paling lama pernah direkodkan.

Walau bagaimanapun, punca sebenar gangguan masih tidak dapat dikenalpasti sehingga kini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd