Now Reading
[Video] Anak Gaduh Rebut Telefon, Polis Datang ‘Nasihat’. Ala, Comel Je!

[Video] Anak Gaduh Rebut Telefon, Polis Datang ‘Nasihat’. Ala, Comel Je!

Tengok sekali tak cukup, kena ulang banyak kali. Terhibur betul!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kanak-kanak memang panjang akalnya.

Tapi ada juga waktu di mana mereka akan mulai bertindak di luar kawalan. Terutamanya apabila bergaduh dengan adik-beradik sendiri.

Waktu itulah boleh nampak siapa hero.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Raising Children Network)

Anak kecil bergaduh, polis singgah.

Talk about perfect timing!

Baru-baru ini telah viral satu video di laman TikTok setelah seorang pengguna @nurulnoraskin29 memuat naik satu video pendek menunjukkan anaknya yang beru lepas bertengkar dengan adik-beradiknya ‘ditegur’ oleh abang polis yang singgah di hadapan rumah mereka.

Polis itu secara kebetulan berhenti di gerai hadapan rumahnya untuk membeli makanan.

Lepas itu apa lagi, kena ‘tegur’ lah. Siapa suruh gaduh berebut telefon?

Video tersebut setakat ini berjaya meraih lebih 913,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.

@noraskin1990

elok duk gaduh 2beradik polis singgah bli lockhing depan rumah🤣🤣🤣saja ngusik😆😆😆abam polis pon sporting layan

♬ bunyi asal – nurulnoraskin29

Berdekah semua orang ketawakan budak tu.

Mana taknya, menangis teresak-esak depan abang polis. Takut kena angkut dan dibawa ke balai agaknya.

Naya budak!

Video tersebut tidak dinafikan telah menghiburkan warganet. Malah, mereka juga turut meninggalkan komen dan reaksi yang lucu mengenai video tersebut.

Ada yang ulang video lebih dari sekali!

Tapi serius lawak oi.

Tukang komen pun boleh tahan lawak ya. Hehe.

Terus jadi ‘sportrim’ abang polis tu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd