Now Reading
Tak ‘Check Out’ MySejahtera, Tak Apa Ke?

Tak ‘Check Out’ MySejahtera, Tak Apa Ke?

Sebelum ciri ‘check out’ diperkenalkan, data check-in berturutan digunakan untuk meletakkan upper bound pada tempoh masa seseorang berada di sesuatu tempat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada awal bulan lalu, aplikasi MySejahtera telah ditambah baik dengan paparan status vaksinasi dan risiko.

Paparan baharu itu akan menunjukkan sama ada seseorang itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali dia mengimbas kod QR daftar masuk.

Lebih mudah, dah cepat.

Tak perlu nak beratur lama hanya untuk buka profil dan tunjuk status vaksinasi kepada pemilik premis.

BACA SINI: Aplikasi MySejahtera Ditambah Baik Dengan Paparan Status Vaksinasi & Risiko – KJ

Selain itu, satu butang daftar keluar turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera bagi menambah baik usaha mengenalpasti kontak rapat.

Tapi ada masalah pula yang dihadapi oleh orang ramai mengenai butang ‘check out’.

Kalau lupa tekan, maknanya kita bermalam di premis kedai atau restoran ke?


Jawapannya

Disebabkan perkara ini sering dipersoalkan oleh warganet di media sosial, Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Dr Mahesh Appannan berkata sebelum fungsi check out diperkenalkan, data check-in berturutan digunakan untuk meletakkan ‘upper bound’ pada tempoh masa seseorang berada di sesuatu tempat.

Sebagai contoh, jika check-in di restoran X pada 7 malam, dan restoran Y pada 8 malam, anda berada di X untuk paling lama 1 jam.

Sekiranya check-in berturutan bersifat ‘outlier’ (contoh anda balik rumah dan hanya keluar esok), sistem mengesan itu sebagai ‘outlier’, dan menggunakan tempoh purata (berdasarkan lokasi, waktu dan demografi).

Jelasnya lagi, purata ini amat stabil kerana dihasilkan daripada berbilion check-in.

Kredit: Lowyat.net

Menurut Mahesh, sama seperti dulu di mana sistem dapat mengesan sama ada pengguna berkemungkinan besar lupa check out. Oleh itu, tempoh purata akan digunakan.

Satu lagi contoh, pengguna check-in di restoran X pada 7 pm, dan check-out pada 8 am esok. Sistem akan melihat – secara purata, berapa lama pengguna akan berada di lokasi ini sekiranya check-in pada waktu 7 pm.

Purata itu dapat digunakan untuk mengganti check-out yang mengelirukan.

Oleh itu, kami amat menggalakkan pengguna untuk check out. Ia membantu kami menolong anda. Namun, jika anda lupa, jangan risau – kami tidak akan menganggap anda menghabiskan sepanjang malam di tempat kerja, atau di restoran.

Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Dr Mahesh Appannan.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd