Loca B Luah Rasa Terkilan Anak Lelakinya Gagal Dapat Status Warganegara Malaysia
“We live in a country where the government likes to discriminate against women. I’ve said it,” jelas Loca dalam video tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Berderai air mata seorang ibu apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan masih belum berjaya mendapatkan status kewarganegaraan Malaysia walaupun sudah dua tahun ‘bertarung’ mengenai hal ini.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram Loca B, dia dilihat begitu marah dan sedih dengan keadaan yang menimpa anaknya sulungnya, Yusuf.
Yusuf dikatakan akan mencecah usia 6 tahun tidak lama lagi.
Oleh disebabkan itu, Loca berasa amat bimbang dengan status anaknya kerana menurutnya, dia inginkan Yusuf untuk sentiasa bersama dengannya dan suami di Malaysia.
It shouldn’t be this hard for my son to be with me in this country.
Loca B menerusi video di Instagram.
Untuk rekod, sebelum berkahwin dengan Tuju, Loca B adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak bernama Yusuf Alezander hasil daripada perkahwinannya terdahulu.
Setelah berkahwin dengan Tuju, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Bintang pada November tahun lalu.
Yusuf dilahirkan di United Kingdom dan bapa kandungnya adalah bukan warga negara Malaysia.
Oleh disebabkan itu, permohonan serta perminataan Loca ditolak oleh Malaysian Embassy di UK.
Isu ini turut dipanjangkan oleh Loca melalui laman Twitter miliknya dengan ‘memanggil’ Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tampil menjelaskan perihal isu ini.
Dear @IsmailSabri60 , pada 2016 saya melahirkan anak saya di luar negara, (bapa bukan warga negara Malaysia)Saya call Malaysian Embassy do UK untuk bertanya tentang pendaftaran kewarganegaraan. mereka jawab "kami tk dapat tolong, kena ikut kewarganegaraan bapanya"
— LOCA B (@LocaLangsat) September 28, 2021
Terkejut dapat tahu yang saya tiada hak sebagai wanita warganegara Malaysia untuk turunkan kewarganegaraan, negara aku sendiri diskriminasi terhadap aku. @IsmailSabri60
— LOCA B (@LocaLangsat) September 28, 2021
Saya minta dan merayu tolonglah tarik balik rayuan itu. Saya tak perlukan duit tak perlukan apa apa
Diskriminasi terhadap wanita.
“We live in a country where the government likes to discriminate against women. I’ve said it,” jelas Loca dalam video tersebut.
Dia juga berang dengan mempersoalkan apa yang boleh dilakukan oleh anaknya jika dia memiliki dua kewarganegaraan?
Selepas dah berkahwin semula skrg nak renew visa pun perlukan surat hak penjagaan anak. itu kena ke mahkamah.
— LOCA B (@LocaLangsat) September 28, 2021
mahkamah punya appointment? dah kena pindah 3 kali skrg bulan 12. Maksudnya selagi saya tk dapat surat hak penjagaan anak saya tidak dapat renew visa.
Saya dan ibu ibu lain terpaksa berada dalam limbo ni kerana kerajaan memilih untuk intepretasi undang undang melalu mata yang seksi dan diskriminasi terhadap wanita. @IsmailSabri60
— LOCA B (@LocaLangsat) September 28, 2021
Saya mungkin tidak suntuk wang. hanya masa dan tenaga. Tapi ibu ibu lain?? sekolah?? Apa yang negara ini takut sangat dengan anak anak kaum hawanya???? tak pure blood??? ni bukan harry potter.
— LOCA B (@LocaLangsat) September 28, 2021
Saya merayu Tuan @IsmailSabri60 untuk tolong kaum ibu dan anak anak kami
Tambahan pula, visa milik Yusuf akan luput berikutan operasi pejabat imigresen yang tidak membenarkan sebarang temu janji oleh kerana pandemik Covid-19.
Malah, Loca juga perlu mendapatkan surat hak penjagaan anaknya itu menerusi prosedur mahkamah. Namun, tarikh perbicaraan kes ini telah dipindahkan dari bulan Jun ke bulan Disember.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.