Boleh Bertutur 11 Bahasa, Tukang Sapu Dari Malaysia Bikin Ramai Terpegun
Antara bahasa asing yang dikuasai olehnya ialah bahasa Jerman, Sepanyol, Itali, Jepun, China, Holand, Norway, Denmark, Ukraine, Republik Czech dan Rusia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Benar-benar bakat yang luar biasa.
Seorang tukang sapu dari syarikat SWM Environment dilaporkan boleh bertutur dalam 11 bahasa. Ianya dipelajari selepas berpeluang untuk berjumpa dengan pelancong dari pelbagai negara setiap hari ketika bertugas.
Mohamad Azizi Bahuddin, 42, yang kini mengendalikan kerja-kerja pembersihan di sekitar pusat bandar dan kawasan tumpuan pelancong di Mersing dikatakan telah berkhidmat dengan syarikat tersebut selama 12 tahun.

Menurut laporan Kosmo, antara bahasa asing yang dikuasai oleh Mohamad Azizi ialah bahasa Jerman, Sepanyol, Itali, Jepun, China, Holand, Norway, Denmark, Ukraine, Republik Czech dan Rusia.
Jelasnya, minat untuk belajar bahasa asing itu bermula selepas dia melihat ramai pelancong lebih gemar bertutur dalam bahasa negara mereka sendiri berbanding bahasa Inggeris.
Sebelum pandemik Covid-19 wujud, sebagai tukang sapu saya memang sering berjumpa pelancong asing yang mahu bercuti. Mereka banyak menghabiskan masa di terminal pengangkutan awam Mersing ini sementara menunggu ‘trip’ mereka untuk ke pulau-pulau berhampiran.
Mohamad Azizi Bahuddin melalui Kosmo.
Malah, dia juga selalu ditegur dan dirujuk oleh pelancong asing untuk mendapatkan maklumat pelancongan setempat sehingga membolehkannya bertutur secara asas bahasa negara asing.
Tambahan pula, apabila saya menegur mereka dengan bercakap dalam bahasa Inggeris, mereka tidak terlalu gemar dan tidak layan terutama pelancong dari Rusia.
Mohamad Azizi Bahuddin melalui Kosmo.
Dia turut menjelaskan telah mengambil masa dua tahun untuk mengasah kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris sebelum mempelajari bahasa lain.
Catat supaya tak lupa
Dia tidak menafikan bahawa bahasa asing mempunyai nada sebutan yang berlainan dan agak sukar untuk dipelajari.
Setiap kali berbual dengan pelancong, saya akan catat perkataan yang ditutur di kertas agar tidak lupa. Setakat berborak tentang hal yang asas itu saya boleh.
Mohamad Azizi Bahuddin melalui Kosmo.
Dia yang pernah menerima anugerah pekerja cemerlang daripada SWM Environment itu mengatakan kemahiran yang diajar ini akan ditambah baik agar memudahkannya berkongsi maklumat pelancongan, membantu pelancong luar dan memberi gambaran positif mengenai daerah Mersing di samping tanggungjawab utamanya iaitu untuk menjaga kebersihan di kawasan itu.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.