Now Reading
[Video] Instafamous Tampil Perjelas Isu Viral Islamkan Seseorang

[Video] Instafamous Tampil Perjelas Isu Viral Islamkan Seseorang

Aisar Khaled sebelum ini pernah terpalit dengan isu penghasilkan konten video yang disifatkan sebagai melampaui batas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Beberapa hari ini telah tular satu lagi video di mana seorang instafamous dikatakan telah melakukan sesuatu perkara yang pada dasarnya sukar diterima oleh masyarakat.

Jika sebelum ini, kubur arwah Siti Sarah dijadikan tempat mengeluarkan konten – kali ini Aisar Khaled muncul dengan konten mengislamkan individu.

BACA SINI: [Video] “You Dah Islam Brader” – Instafamous Buat Hal Lagi?

Explanation?

Satu posting menerusi laman TikTok Aisar malam tadi, dia telah menjelaskan perkara sebenar di sebalik perbuatannya itu.

Ini kerana segelintir masyarakat mula mempersoalkan serta ada juga yang tidak berpuas hati.

Jadi, dia ‘terpanggil’ untuk menjelaskan segalanya.

Dia juga memberitahu bahawa sebelum dia mengislamkan invididu tersebut, ada cerita di sebaliknya. Individu itu telah menceritakan masalah hidupnya, kemudiannya mereka duduk dan makan bersama dan Aisar telah belanja individu tersebut dengan niat bersedekah.

Sebelum pulang, dia terdetik mengajak individu tersebut untuk memeluk Islam.

Dari situlah bermulanya cerita mereka berdua.

“Saya mengajak dia masuk Islam, saya tidak pernah memaksa dia. Saya akan bawa dia dibimbing insya-Allah,” jelas instafamous berusia 21 tahun itu melalui video tersebut.

@aisarkhaledd Saya Mengajak Dia Masuk Islam Saya Tidak Pernah Memaksa dia . Saya Akan Bawa dia Dibimbing insyaallah . #fyp ♬ original sound – aisar_khaledd

Apa yang membuatkan orang ramai tidak berpuas hati adalah kerana dia disifatkan sebagai tidak layak untuk mengislamkan saudara baharu oleh kerana sering terpalit dengan penghasilan konten-konten video yang melampaui batas sebelum ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd