Now Reading
[Tips] 6 Tips ‘Sorok’ Duit Supaya Tak Sesak Hujung Bulan

[Tips] 6 Tips ‘Sorok’ Duit Supaya Tak Sesak Hujung Bulan

Antara tempat paling strategik untuk sorok duit adalah belakang casing telefon.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bab kewangan ini memang sukar untuk dikawal oleh seseorang.

Tapi perlu diketahui bahawa memiliki simpanan sendiri adalah sesuatu yang amat penting. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini di mana ekonomi dilihat kurang stabil dan kos sara hidup pula semakin meningkat.

Kadang-kadang tu, belum sampai kitaran untuk gaji seterusnya duit dah habis licin digunakan.

Sebab? Tak menyimpan awal-awal.

Tips ‘selit’ duit

Kredit: Envato

Tips ini memang rare sikit.

Ini kerana anda perlu menyimpan duit dengan cara ‘sorok’ atau ‘selit’ duit di tempat yang sukar dicapai.

Maksudnya, bukan letak atas bumbung rumah atau tanam duit itu.

Ia bererti anda letak duit di tempat yang tidak disangka. Contohnya, selit dalam komponen dompet, dalam phone case, dalam dashboard kereta, dalam buku dan sebagainya.

Menerusi perkongsian Perunding Kewangan Azizul Azli Ahmad, ini merupakan cara untuk ‘sorok duit’ supaya hujung bulan tak sesak hingga kena ikat perut nak tunggu gaji.

1. Celahan dompet.

Simpan amaun yang anda selalu gunakan di antara bahagian dompet yang paling mudah. Selitkan RM20 atau RM50 di celahan dompet yang anda rasa susah untuk keluarkan. Jumlah yang anda selitkan itu ikutlah diri masing-masing. Jadi, apabila sedar duit sudah habis, masih ada beberapa wang kertas tersembunyi di celah bahagian dompet kita.

2. Laci pejabat.

Sediakan sebuah tabung khusus di dalam pejabat. Anda boleh beli tabung murah di kedai RM2 atau gunakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi rempeyek). Ikutilah kreativiti anda, hiaslah ikut suka.

Asalkan tabung itu boleh memberi anda motivasi untuk menyimpan. Tapi, jangan lupa untuk pastikan tabung anda tersembunyi dan berkunci di laci pejabat.

3. Dalam komponen kereta.

Di dalam kereta, ada beberapa komponen kenderaan yang agak tersembunyi. Setiap kereta mempunyai rekabentuk yang berbeza. Cuba teliti celah-celah kecil yang anda boleh selitkan duit ‘kecemasan’ di situ. Tetapi pastikan duit tersebut juga boleh dikeluarkan, jangan nanti tersumbat di dalam komponen kereta tersebut.

Satu tip untuk anda, pastikan anda tidak lupa, jika tidak, akan disedut oleh tukang cuci kenderaan apabila waktu ‘vacuum’ bermula.

4. Belakang casing telefon.

Ramai yang amalkan teknik ini. Sebab mungkin kita akan lupa membawa dompet, tetapi telefon jarang akan lupa. Setuju atau tidak? Biasanya, mereka akan meletakkan duit RM10 sehingga RM50 dalam ‘casing handphone’, terpulanglah pada diri masing-masing.

Terdapat juga banyak rekabentuk ‘casing’ handphone’ yang ada ruang untuk letakkan duit. Biasanya ia dipanggil ‘phone wallet’. Ada banyak pilihan yang cantik dan murah di pasaran. Cuma pastikan duit anda tersembunyi dan tidak menarik perhatian orang lain.

5. Pemegang kad nama (name tag holder).

Teknik ini biasa digunakan juga sebab ramai yang simpan duit di dalam pemegang kad nama mereka waktu bekerja di pejabat.

Sama dengan ‘casing handphone’, simpanan ini juga boleh selamatkan anda bila anda keluar makan tengahari ketika di pejabat. Atau belilah ‘lanyard’ untuk gantungkan pemegang kad nama di leher anda untuk mudahkan anda apabila keluar nanti.

6. Simpan dengan pasangan anda.

Pastikan pasangan anda boleh tolong simpan bukannya tolong belanjakan duit anda. Paling-paling simpan dengan ibu. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa perlu berikan duit kepada orang lain untuk simpankan?

Sebabnya adalah mungkin anda akan rasa segan untuk minta balik duit tersebut. Jadi, lama-lama duit tersebut akan terkumpul.


Pendek kata, terpulang nak selit kat mana-mana.

Tapi kalau dah guna, belajar untuk disiplinkan diri untuk bayar balik walaupun duit sendiri. Dan paling penting – pilih tempat strategik untuk sorok.

BACA JUGA: Gaji Ciput Tapi Tips Simpan Ribuan Ringgit Ini Memang Efektif. Cuba Dulu!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd