Now Reading
10 Tahun Berkhidmat, Wanita Ini Diberhentikan Kerja Gara-gara Belum Vaksin

10 Tahun Berkhidmat, Wanita Ini Diberhentikan Kerja Gara-gara Belum Vaksin

Tinjauan di ruangan komen video TikTok tersebut menunjukkan majoriti netizen bersetuju dengan tindakan syarikat itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan beberapa sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi semula. Ianya termasuk sektor pekerjaan serta pelancongan.

Oleh itu, banyak syarikat dilihat telah membuka semula perniagaan dan membenarkan pekerja hadir ke pejabat dengan syarat lengkap dua dos vaksin.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Pixabay)

Yang masih belum ambil vaksin, mungkin masih bekerja dari rumah.

10 tahun berkhidmat, diberhentikan kerja

Seorang pengguna TikTok iaitu @lia_rose91 telah meluahkan perasaan melalui satu video TikTok yang dimuat naik olehnya menunjukkan surat Notis Pemberhentian Kerja oleh syarikatnya.

Melalui video tersebut, dia menyatakan sudah berkhidmat selama 10 tahun namun diberhentikan gara-gara tidak ambil vaksin Covid-19.

After 10 years berkhidmat, dibuang hanya sbb tdk ambil vaksin.

Tulis wanita tersebut.
@lia_rose91 After 10years berkhidmat,dibuang hanya sbb tdk ambil vaksin 🤪#covid19 #vaksin ♬ suara asli – 🇲🇨BAWEL🇹🇼

Namun begitu, tinjauan di ruangan komen menunjukkan majoriti netizen bersetuju dengan tindakan syarikat tersebut.

Ini kerana mereka menjelaskan bahawa tindakan tersebut dibuat atas dasar keselamatan pekerja-pekerja serta majikan.

Pesakit kanser pun ambil vaksin ya.

Majikan akan diambil tindakan jika pekerja tidak vaksin

Untuk pengetahuan umum, kerajaan negeri Selangor mengumumkan pihak mereka akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap majikan yang tidak menghantar pekerjanya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengumuman mengenai perkara itu telah dibuat oleh Jawatankuasa Program Vaksin Selangor (Selvax), Rodziah Ismail.

Tindakan itu dibuat atas dasar keselamatan.

Jawatankuasa Program Vaksin Selangor (Selvax), Rodziah Ismail.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd